Search This Blog

HOME

Wednesday, May 7, 2014

100 tahanan Palestin teruskan mogok lapar.

Penjara kawalan ketat yang menempatkan rakyat Palestin di Israel

RAMALLAH: Lebih 100 tahanan Palestin meneruskan mogok lapar yang sudah berlarutan selama 13 hari sebagai bantahan terhadap penahanan mereka di dalam penjara Israel.

Persatuan Tahanan Palestin (PPS), berkata 120 tahanan Palestin memulakan mogok lapar mereka pada 24 April untuk menuntut supaya dilepaskan daripada penahanan tidak sah.

PPS menambah bahawa hampir 90 tahanan yang memberontak di penjara Negev dan Ramla diletakkan dalam tahanan berseorangan. Beberapa pemberontakan turut berlaku di hospital ekoran keadaan kesihatan mereka yang semakin kritikal.

“Pihak berkuasa penjara Israel sudah mengenakan sekatan tambahan terhadap tahanan, menghalang kebanyakan daripada mereka untuk berjumpa peguam. Kebanyakan tahanan adalah warga tua yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan,” kata persatuan itu

PPS menambah bahawa lebih ramai tahanan akan menyertai mogok lapar sebagai satu tindakan terancang. Tahanan berkata tindakan mogok akan berterusan sehingga rejim Israel menghentikan penahanan mereka yang tidak sah.

Penahanan pentadbiran adalah penjara tanpa perbicaraan atau tuduhan, membolehkan rejim Israel mengurung warga Palestin sehingga enam bulan. Arahan penahanan boleh dilanjut tanpa had.

Tahanan Palestin di penjara Israel terdedah kepada salah laku hak asasi manusia seperti penyeksaan ketika soal siasat oleh pihak berkuasa penjara. Kumpulan hak asasi sering mengutuk pihak berkuasa penjara Israel kerana salah laku hak asasi berleluasa dan kematian misteri dalam tahanan.

Pada Februari, Ketua Jabatan Bancian Kementerian Tahanan Pihak Berkuasa Palestin, Abdul-Nasser Ferwana berkata, Tel Aviv menahan 4,800 tahanan Palestin dalam 17 penjara dan pusat tahanan.


Sumber - Antarapos

No comments:

Post a Comment