Kanak-kanak menjadi idaman pemuda yang bernama Emon ini |
Jakarta: Polis menyatakan, ujian psikologi yang dijalankan ke atas suspek penderaan seksual kanak-kanak menunjukkan dia tidak mengalami sebarang gangguan mental sebaliknya mempunyai keinginan seks yang aneh.
Ketua Polis Jawa Barat, M Iriawan berkata, tiada sebarang tanda menunjukkan suspek mempunyai masalah mental.
“Cuma dia cenderung ke arah kanak-kanak yang berusia bawah 13 tahun,” katanya.
Menurutnya, kecenderungan seks terhadap kanak-kanak yang dihidapi Andri Sobari (Emon) berada di tahap “kritikal” kerana dia akan mencari mangsa tanpa mengira waktu dan tempat.
Malah, kata Iriawan, Emon sanggup meninggalkan kerjanya bagi mencari mangsa apabila ada keinginan.
“Emon juga tidak tertarik kepada wanita walaupun tempat kerjanya dipenuhi wanita sebaya setiap hari,” katanya.
Sementara itu rakan Emon berkata, remaja terbabit hidup susah dan kurang berjaya dalam akademik.
Katanya, pada hari tertentu Emon datang ke sekolah dengan pakaian lusuh dan tidak menggosok gigi.
Sumber - Harian Metro
No comments:
Post a Comment