MELBOURNE: Sebuah restoran di bandar ini bertindak bijak menggunakan cara unik untuk menghantar makanan kepada pelanggan dengan menghantarnya dari langit.
Bekalan makanan sandwic keju bakar ‘digugurkan’ kepada pelanggan yang menunggu di tepi jalan dengan payung terjun oleh Jafflechutes yang dikenali di Australia dengan nama Jaffles.
Restoran berkenaan menggunakan sistem pesanan awal untuk sandwic menggunakan PayPal dengan harga AU$5 hingga AU$6 (RM16.30 hingga RM20).
Makanan itu ‘ditangkap’ pelanggan di waktu dan tempat yang dipersetujui.
Lokasi makanan itu digugurkan biasanya dilakukan di sekitar bandar Melbourne CBD tetapi pekerja restoran tidak mendedahkan tempat sebenar sehingga hari mereka menggugurkan makanan.
Pengusaha makakanan itu mendakwa mereka sebagai restoran terapung pertama.
Cara itu semakin popular dan baru-baru ini pengusaha berkenaan melancarkan kempen untuk mengembangkan perniagaan mereka yang dimulakan sejak sembilan bulan lalu ke Amerika Syarikat dengan New York menjadi sasaran utama.
No comments:
Post a Comment