Beberapa akhbar dan portal berita asing heboh menyiarkan mengenai buku pertama yang diterbitkan berkaitan kehilangan pesawat MH370 hasil tulisan Nigel Cawthorne apabila penulis mendakwa ia ditembak dalam latihan ketenteraan.
Lebih mengejutkan, penulis buku 'Flight MH370 The Mystery' itu turut menyatakan kejadian yang masih misteri itu sengaja dirahsiakan.
"Apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan menanggung kesakitan, tidak dipastikan nasib mereka? Atau apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan pesawat terbakar, terhempas dari langit ketika dikawal lelaki tidak siuman?."
Malahan, Cawthorne juga menggambarkan bagaimana seorang lelaki yang sedang bekerja di pelantar minyak melihat sebuah pesawat terbakar dan ia berada berdekatan kawasan latihan tentera itu.
Waktu kejadian itu dikatakan sama dengan tempoh masa transponder pesawat berkenaan dimatikan.
Penulis yang juga seorang wartawan mendakwa misi mencari telah melakukan operasi di kawasan salah terutama selepas hampir dua bulan tragedi itu berlaku tiada serpihan ditemui di Laut Cina Selatan yang tentunya menimbulkan pelbagai syak wasangka.
Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditemui sekiranya MAS menaik taraf perisian.
“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat," dakwa buku itu lagi - mStar Online
No comments:
Post a Comment