Search This Blog

HOME

Tuesday, May 6, 2014

Hatyai Diserang, Prasarana Awam Dibom

Deretan kereta terbakar akibat daripada bom yang diletupkan di Hatyai

Kepada anda yang ingin bercuti atau terpaksa juga ke Hatyai, Thailand atas urusan perniagaan, adalah dinasihatkan berhati-hati ini kerana seramai lima orang cedera dalam empat insiden letupan bom berasingan di sini, semalam - Selasa, 6 Mei 2014.

Bagaimanapun, bom kelima yang diletakkan berhampiran pintu masuk ke pangsapuri dalam Hospital Prince of Songkhla berjaya ditemui tanpa sempat diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.




Letupan bom yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta balai polis itu mengakibatkan banyak kenderaan rosak.

Selain itu, dua lagi letupan bom dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran stesen keretapi Hatyai yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah Robinson.

Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini.

Sumber - mStar Online

No comments:

Post a Comment