Search This Blog

HOME

Wednesday, May 7, 2014

Info kesihatan - Tahukah anda maksud 3 x ½ minit untuk kesihatan anda?


Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x ½ minit, kenapa penting?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death). Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, tapi dapat tahu hari ini dia dah meninggal, kenapa tiba-tiba dia meninggal?, penyebabnya adalah ketika bangun malam untuk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat atau maksud didalam keadaan kelam kabut.

Sebenarnya sejurus sahaja kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah, dan formula 3 x ½ minit ini amat berguna sekali kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah kerana dengan bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Anda dinasihatkan untuk mengamalkan amalan 3 x ½ minit ini iaitu:

1. Bila terbangun daripada tidur jangan terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduklah di katil anda untuk tempoh ½ minit;

3. Turunkan kaki dihujung katil anda atau ditepi katil untuk tempoh ½ minit.

Selepas 3 x ½ minit yang dilakukan secara percuma selesai tanpa membayar sesenpun, otak anda tidak akan akan anaemic dan begitu juga dengan jantung anda tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yang sering kita dengar.


Silalah share kepada keluarga, rakan-rakan, jiran terutama sekali orang yang kita sayangi agar dapat menghindari daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. InsyAllah.

No comments:

Post a Comment