Search This Blog

HOME

Friday, November 28, 2014

Izreen 'Masuk Air' - Amar

 

Dua minggu lalu, pelakon drama popular 7 Suami, Izreen Azminda memberi kenyataan dia bosan dan rimas apabila masih dikaitkan menjalinkan hubungan dengan pelakon Amar Baharin.

Namun, belum cukup sebulan kenyataan itu cuba difahami peminat mereka lain pula cerita yang timbul apabila Malaysian Digest menemubual Amar dalam satu acara fesyen baru-baru ini.

Amar berkata, dia mengakui senang berkawan dengan aktres beranak satu itu dan mereka sering berkongsi masalah serta bertukar pandangan sama ada mengenai kerja termasuk peribadi.

"Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini," katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Izreen sebelum ini, Amar menyifatkan rakannya itu sebagai wanita 'masuk air' dan 'ting tong' tetapi dia menerima sikap Izreen seadanya.

"Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja", katanya sambil tersenyum memandang Izreen yang duduk di sebelahnya.

Sebagai kawan, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Izreen seandainya wanita itu mempunyai pilihan hati sendiri.

"Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.

"Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu 'control'. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal.

Mesra tapi takde apa-apa katanya
"Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila," katanya sambil tidak menolak jika ada jodoh antara mereka.

Mengenai perkembangan kerjaya, Amar yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Suamiku Encik Sotong merancang mahu bercuti sebelum kembali bekerja semula pada Januari tahun depan.

Sementara itu, ketika ditanya kepada Izreen tentang pandangannya mengenai Amar, pelakon itu menjawab: "Satu yang saya boleh gambarkan tentang dia, Dia 'charming'," katanya tersenyum.

Amah dipecat kerana mengambil gambar didalam rumah pemain Manchester United

 

Seorang amah pembersih rumah disoal siasat polis dan dipecat kerana didapati mengambil gambar ketika membersihkan kediaman tiga pemain Manchester United.

Beberapa pegawai penyiasat menyoal Jessica Tinsley, 24, selepas kelab Old Trafford itu mendakwa dia 'seperti mencari sesuatu' dalam kediaman mewah pemain berharga £60 juta (RM300 juta) Angel di Maria, Marcos Rojo bernilai £16 juta (RM80 juta) dan kediaman bernilai £6 juta (RM36 juta), Javier Hernandez.

Jessica Tinsley dari suka2 jadi duka
Ketika bertugas menyental dan mengilatkan rumah pemain terbabit dengan upah £8 (RM40) sejam, Jessica berasal dari Warrington, Cheshire, sempat mengambil gambar dan menunjukkannya kepada ahli keluarga.

Dia mengambil gambar bilik tidur, bilik mandi, tempat lilin, kolam renang malah sempat merakam slip gaji kepunyaan Rojo sebanyak £200,000 (RM1 juta) seminggu.

Marcos Rojo
Apa dibimbangkan sekiranya gambar itu terjatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab seperti kumpulan pakar pecah rumah profesional.

Kerana itu Jessica disoal siasat dua pegawai polis pada awal bulan ini.

Ketika Polis Greater Manchester mengesahkan tiada sebarang kes boleh disabitkan, Jessica meluahkan kemarahan kerana dipecat oleh majikannya Clean and Sparkle.

Dia berkata: "Saya berasa kurang selesa kerana dipecat hanya disebabkan saya mengambil beberapa keping gambar.

"Saya melakukannya kerana rasa ingin tahu. Rumah mereka begitu mengagumkan dan saya hanya mengambil gambar slip gaji kerana tidak percaya dengan bayaran diterima salah seorang pemain terbabit.

"Saya berasa agak terkejut apabila dua pegawai polis datang mengetuk pintu rumah saya. Mereka merampas telefon dan memadam semua gambar terbabit.

"Mereka menyangka saya akan menjual semua gambar terbabit kepada perompak tetapi saya tidak akan melakukan tindakan seperti itu kerana ia bukan karakter sebenar saya.

"Saya hanya menunjukkan gambar terbabit kepada anggota keluarga dan kebetulan adik saya juga adalah peminat tegar Manchester United.

Javier Hernandez
"Saya membersihkan rumah berkenaan beberapa kali dalam seminggu dengan mengelap dan menyapu lantai, membuang habuk dan ada masanya saya melakukan tugasan menggosok baju.

"Saya begitu gugup ketika menggosok baju khas dipakai Angel kerana bimbang memusing-musingkan baju berjenama Dolce and Gabanna T akan rosak. Terdapat juga banyak pakaian Adidas untuk anaknya juga.

"Dia berada di rumah ketika saya mengemas dan sempat menyapa saya 'Hi' dan kelihatan agak peramah.

"Rumahnya sangat besar, paling besar tetapi hanya tiga bilik dalam rumah itu yang digunakan.

"Saya datang dua kali ke rumah Rojo kerana mereka mahu mendapatkan seorang amah wanita bertutur dalam bahasa Sepanyol.

"Rumahnya dalam keadaan tidak terurus ketika saya datang kali pertama dan terdapat plastisin melekat di atas permaidani dan dapur sangat berhabuk.

"Mereka mempunyai anak anjing jenis Beagle dan terdapat permaidani putih mengagumkan di bahagian atas dipenuhi tompok kuning.

"Saya pergi ke rumah Hernandez dan adik perempuannya tinggal di sana. Ia adalah sebuah bangunan seni bina mengagumkan dilengkapi kolam renang dan tangga berpusing.

"Kebanyakan rumah terbabit berada dalam keadaan terurus, jadi saya tidak faham mengapa mereka memerlukan amah untuk membersihkannya."

Jessica turut mengunjungi pangsapuri mewah pengurus Manchester United, Louis Van Gaal.

Jessica berkata: "Saya agak terkejut kerana Van Gaal hanya tinggal di pangsapuri memiliki hiasan dalaman begitu moden.

Angel di Maria
"Terdapat balang dipenuhi coklat dan kacang di merata-rata tempat dan saya sempat menjamah beberapa daripadanya".

Seorang jurucakap Manchester United berkata: "Kami menerima maklumat daripada pihak ketiga yang memberi keterangan mencukupi bagi menyakinkan kami untuk menghubungi polis."


Polis Greater Manchester mengesahkan: "Polis di Trafford menerima kiriman emel daripada kelab bola sepak Manchester United yang begitu bimbang terhadap kemungkinan pencabulan terhadap tahap keselamatan dan kawalan pemain Manchester United.

Sumber - HM Online

Thursday, November 27, 2014

Apa yang akan terjadi pada tahun 3000?

Jom lihat grafik ini..........



















Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai.


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.

Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.

Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.

Peter Lizon semasa dihadapkan ke mahkamah
Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.

Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah.


Sumber - AP

Pembaca mStar Online Temui Mikrofon Hafiz Suip

Hafiz bersama Junaidi dan isterinya, Juliana Jamal serta anak-anak mereka ketika pertemuan di Sentul pada malam Khamis. Foto Insan Instagram Hafiz Suip.

PETALING JAYA: Kegelisahan penyanyi Hafiz Suip ekoran kehilangan mikrofon kesayangannya pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu akhirnya terlerai selepas peralatan itu ditemui oleh seorang pembaca mStar Online.

Individu tersebut, Junaidi Kargo, 39, ketika dihubungi berkata, dia menemui mikrofon tersebut berhampiran tempat letak kereta Hotel Seri Pacific yang terletak bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana acara itu berlangsung ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai acara itu.

"Ketika menemui mikrofon tersebut saya tidak tahu ia milik Hafiz biarpun pada kotaknya ada tertera namanya tetapi langsung tidak menyangka ia milik seorang penyanyi.

"Apabila membaca laporan mStar Online yang mengatakan Hafiz kehilangan mikrofon selepas ASK baharulah saya tahu ia milik penyanyi tersebut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Komen yang ditinggalkan oleh Adila pada ruangan komen di mStar Online.
Hafiz dalam laporan mStar Online bertarikh 24 November lalu berkongsi rasa sedih akibat kehilangan alatan tersebut yang dibelinya sejak setahun lalu kerana ia mempunyai nilai tinggi.

Bagaimanapun Hafiz mengakui kehilangan tersebut bukan disebabkan kecurian sebaliknya atas kecuaian dirinya sendiri yang meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung keretanya.

Ekoran kejadian tersebut, Hafiz turut membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada hari berikutnya.

Difahamkan mikrofon itu bernilai puluhan ribu ringgit.

Selain Hafiz, beberapa artis tempatan lain turut mempunyai mikrofon sendiri seperti Datuk Siti Nurhaliza dan juga Misha Omar.

Dalam pada itu, Junaidi berkata, selepas membaca laporan kehilangan tersebut di mStar Online, dia meminta bantuan adik iparnya yang dikenali sebagai Adila untuk mendapatkan nombor telefon pihak pengurusan Hafiz bagi membolehkan dia memulangkan semula peralatan berkenaan.

Hafiz lega mikrofon kesayangannya ditemui semula.
Adila dalam ruangan komen berita itu di mStar Online  memaklumkan mikrofon tersebut berada dalam simpanannya serta meninggalkan nombor telefon Junaidi dengan harapan pihak Hafiz menghubungi mereka.

"Asalnya isteri saya yang baca artikel berkenaan dan mula menyedari bahawa mikforon yang kami jumpa itu miliknya dan meminta bantuan adiknya untuk menghebahkan perkara itu di laman sosial supaya peralatan berkenaan dapat dipulangkan.

"Alhamdulillah selepas beberapa hari pihak Hafiz menghubungi saya dan pada malam Khamis (semalam) dia datang sendiri ke rumah saya di Sentul untuk mengambil alatan tersebut," katanya.

Sementara itu, Junaidi berkata, Hafiz kelihatan cukup gembira apabila menerima mikrofon tersebut dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Dia juga berbesar hati dapat membantu Hafiz dan yakin mikrofon berkenaan mempunyai makna besar dalam karier penyanyi itu.

"Syukur mikrofon berkenaan dapat dipulangkan kepada tuannya dan paling tidak sangka Hafiz datang ke rumah kami malah menghabiskan masa lebih sejam untuk beramah mesra dengan kami sekeluarga.

Adila memaklumkan dalam laman Twitter miliknya Hafiz sudah mengambil mikrofon berkenaan.
"Hafiz seorang yang sangat merendah diri dan cukup mesra. Anak-anak saya paling teruja dapat bertemu dengannya," ujar Junaidi.

Dalam perkembangan sama, Hafiz menerusi laman Instagram miliknya melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Junaidi sekeluarga atas keikhlasan dan kejujuran yang ditunjukkan kerana bersungguh-sungguh untuk memulangkan mikrofon tersebut.

"Alhamdulillah... terima kasih saya ucapkan kepada abang Junaidi kerana telah menemui mikrofon kesayangan saya dan kepada seluruh ahli keluarganya kerana menyambut kedatangan saya dengan hati yang terbuka.

"Insya-Allah, mikrofon tersebut akan digunakan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.


Sumber - mStar Online

Macam-macam hal - Pelakon 'Johhny Deep' kahwini pokok kali kedua.


LIMA: Seorang aktor Peru memilih sebatang pokok sebagai isterinya dan ia bukan sekadar lakonan apabila ikatan itu disaksikan jemputan dalam majlis perkahwinan yang aneh, lapor media pada Rabu.

Malah perkahwinan Richard Torres yang rupanya mirip pelakon terkenal Johnny Depp dengan pokok itu bukanlah yang pertama kali kerana tumbuhan itu pernah menjadi pasangannya untuk kali pertama tahun lalu.

Perkahwinan Torres dengan pokok itu dilangsungkan di Taman Negara Bogota, Ahad lalu.
Bagaimanapun, di sebalik majlis itu, perkahwinan berkenaan diadakan sebagai cara menanamkan kesedaran terhadap kepentingan isu alam sekitar kepada orang ramai.

Kata Torres, dia berharap perkahwinannya dengan pokok dapat membawa mesej jelas kepada semua pihak bahawa alam sekitar perlu sentiasa dijaga.

“Semoga lebih ramai orang memberi perhatian kepada masalah alam sekitar di dunia yang disebabkan oleh perbuatan manusia,” katanya.

Dia juga menggesa pemberontak dalam Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia menukar aktiviti mereka daripada berperang kepada menanam pokok.

Perkahwinan pertama Torres dengan pokok dilangsungkan di Buenos Aires.


Sumber - mStar Online

Bapa Mia Sara Bengang Anak Dituduh Hipokrit


PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon Mia Sara iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berasa terkejut apabila anaknya itu terkait dengan gosip kononnya bersikap hipokrit.

Ridhuan berkata, dia berasa pelik dengan segelintir pihak yang sanggup bercakap buruk dan menyebarkan gosip mengenai Mia yang baru berusia sembilan tahun, seperti pelakon-pelakon dewasa lain.

"Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

"Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Sebuah akhbar mingguan pada 23 November lalu menerusi ruangan pojok melaporkan Mia bersikap hipokrit apabila membuat kenyataan kononnya mengagumi kejayaan pelakon cilik, Balqis yang menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 pada 7 November lalu.

Ridhuan akan memastikan Mia tidak akan menyusahkan pihak lain dalam kerja-kerja penggambaran.
Sedangkan Mia dilaporkan tidak menegur atau bercakap dengan Balqis ketika mereka bekerjasama dalam produksi yang sama sebelum ini.

Sementara itu, Ridhuan berkata, dia sememangnya mendidik Mia untuk tidak terlalu banyak bercakap ketika menjalani penggambaran kerana risau tingkah laku anaknya itu mengundang rasa kurang senang terhadap pihak lain.

Malah, bagi memudahkan perjalanan penggambaran, dia turut menyediakan semua kelengkapan termasuklah set barangan solek, beg dan baju  sendiri selain ada orang menjaganya sepanjang berada di lokasi penggambaran.

"Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak 'poyo'. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

"Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

"Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya," Muhammad Ridhuan.


Sumber - mStar Online

Hartawan tak lupa ‘kulit’ sanggup bina rumah percuma untuk penduduk miskin

 
Nanchang, Jiangxi: Dengan kekayaan dimiliki, seorang hartawan budiman Xinyu meranapkan kawasan petempatan miskin yang pernah menjadi tempatnya membesar dan membina kediaman mewah di situ.

Tidak seperti biasa, tindakan Xiong Shuihua itu langsung tidak mendapat bantahan atau menaikkan kemarahan sesiapa.

Xiong Shuihua
Xiong, 54, kemudian menghadiahkan rumah berkenaan kepada penduduk Kampung Xiongkeng yang selama ini membantunya menjadi seorang ahli perniagaan berjaya.

Kata Xiong, dia ingin membalas jasa penduduk kampung yang menyokong keluarganya.



Beliau juga sanggup menyediakan makanan tiga kali sehari kepada penduduk yang tidak mampu.


Selepas menamatkan pengajian Xiong menyertai sektor perniagaan dengan menceburi industri besi.

Kalaulah ada hartawan di Malaysia yang budiman hatinya seperti Xiong kan bagus.

Sumber - Metro.co.uk

Singapura haram shisha berkuat kuasa hari ini.


SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.

Kementerian itu berkata, ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.


Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali

Seattle protester arrested with weapons cache


SEATTLE - Seattle police arrested a 31-year-old man during Monday's Ferguson protest after officers discovered a cache of weapons, ammunition and explosives in his backpack and car.

Jeffrey Alan Acord was booked into King County Jail. On Monday, he was charged with possession of a concealed weapon without a permit, carrying a dangerous knife and illegal possession of fireworks.

A bystander had notified police after witnessing the suspect reach under a vehicle with a road flare during the demonstration. Police say Acord was carrying a loaded handgun without a permit and a 7-inch knife, and officers found a box of ammunition, an assault rifle, a shotgun and a box of large fireworks in his car.

Seattle police recovered a box of fireworks from the protester.(Photo: Seattle Police Department)

Five people were arrested during the Ferguson protest in Seattle, but only Acord faces weapons charges.

Source - USA Today

Peserta Guna Taktik Kotor Sertai Pertandingan 'Berposing Ala Mawar Fizo'


PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya," ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu. 
  
Perubahan syarat yang terdapat di laman facebook Fareeda pada hari Selasa 
Komen daripada peserta yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak Fareeda yang sering membuat perubahan syarat.
Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya," ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda.


Sumber - mStar Online

Rakan Anwar Tawar RM100 Juta Lompat Parti - Anifah (Video)


KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk bawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.
Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Sentral pada Mei 2008.

"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga musim," katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.


Sumber - mStar Online

Jurey Harap Tidak Digam Stesen TV Kerana Kelantangan Suara.


KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berharap namanya tidak disenarai hitam oleh stesen televisyen kerana kelantangannya memerjuangkan isu pengggiat seni termasuklah menganjurkan kempen Switch Off'14.

Jurey berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membantu industri seni yang dilihat semakin nazak sejak akhir-akhir ini dan dia berharap agar pihak stesen televisyen berlaku adil dan bersifat terbuka dalam menangani masalah tersebut khususnya dalam usaha menaikkan bayaran terhadap produk-produk drama tempatan.


"Saya sentiasa berasa diri ini sebagai suara kepada industri dan menjadi tanggungjawab saya sebagai presiden gafim menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit.

"Diharap mereka tidak menyifatkan ia sebagai isu peribadi dan saya memohon agar semua pihak berlaku adil kepada saya yang hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab," katanya kepada mStar Online.

Jurey ditemui selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang diberikan menerusi memorandum Switch Off'14 bersama 14 persatuan lain di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini pada Rabu.

Tambah Jurey yang juga merupakan pengerusi kempen tersebut, dia sudah lama bersedia dengan segala risiko dan kemungkinan yang bakal berlaku pada dirinya selepas memperjuangkan hak-hak penggiat seni negara.

"Saya tak pasti sama ada nama saya sudah, belum atau bakal digam oleh mereka kerana setakat ini saya belum menghantar sebarang kertas cadangan pada mana-mana stesen televisyen berikutan mahu memberi fokus terhadap masalah industri kita ini.

"Apa-apapun saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Cuma kalau boleh, janganlah kerana perkara ini mereka mahu membunuh kerjaya saya," ujarnya.

Sementara itu, Jurey bersyukur apabila pihak Finas turut memandang serius dengan masalah industri lebih-lebih lagi selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi perhatian mengenai kempen Switch Off'14.

Antara 11 permintaan yang terkandung dalam resolusi kempen Switch Off'14  termasuklah mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif, menaikkan kadar harga dan menyelaraskan belian kandungan di stesen-stesen televisyen, pengagihan slot televisyen yang lebih adil dengan menekankan 70 peratus kandungan tempatan dan Penguatkuasaan polisi Made In Malaysia (MIM) dan Puducitra.

Gabungan kempen berkenaan terdiri daripada 10 persatuan penggiat seni tempatan dan keanggotaannya termasuklah pelakon, kumpulan krew penerbitan dan pengiklanan.

Sumber - mStar Online

Awal Ashaari Kesal Stesen TV Utamakan Pelawak Jadi Pengacara


PETALING JAYA: Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

"Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

"Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

"Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal,” ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

"Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

"Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah," katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

"Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

"Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis," keluhnya.


Sumber - mStar Online

Wednesday, November 26, 2014

Keputusan kekal, kukuh Akta Hasutan disokong (Video)


KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran, tertinggi UMNO serta pucuk pimpinan komponen Barisan Nasional menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata perkara berkaitan perkauman, agama dan Sabah serta Sarawak mesti diambil kira sekiranya mahu mengekalkan negara kekal dalam keadaan aman.

"Saya fikir ia perkara yang bagus (pengekalan Akta Hasutan) sebab ketika ini semua pihak sering mengambil kesempatan mengenai isu sensitif, isu besar seperti perkauman dan agama...kita perlu menghentikan semua perkara karut ini dalam kehidupan pelbagai kaum serta agama.

"Secara keseluruhan saya anggap keputusan itu bagus tetapi kita harap dia (Najib) tegaslah dalam segala apa yang dia nak buat tak kira sama ada membabitkan Akta Hasutan mahupun pembangunan ekonomi orang Melayu yang dia janji sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Bagi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, keputusan menambah baik Akta Hasutan adalah bukti komitmen perdana menteri memastikan Sabah dan Sabah terus kekal dalam Malaysia.

"Sebagai Ketua Menteri Sabah saya sangat mengalu-alukan dan memberi penghargaan yang tinggi kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited terhadap negeri Sabah dan memastikan Sabah dan Sarawak terus berada dalam Malaysia," katanya.

Presiden Progresif Penduduk, Tan Sri M Kayveas pula menganggap tiada sebarang keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu akta baharu menggantikan Akta Hasutan bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.

"Akta ini (Akta Hasutan) sudah memberi penjelasan teliti kepada semua pihak tertentu yang selalu mengguna pakai kenyataan yang sensitif. Saya rasa kalau kita kekalkan keharmonian antara kita dan solidariti tidak perlu lagi mewujudkan satu lagi akta seperti Akta Keharmonian Nasional," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan kelegaan kerana kerajaan mendengar suara hati rakyat yang meminta akta itu terus dikekalkan.

"Kami (Wanita UMNO) berasa begitu lega Perdana Menteri mendengar suara hati rakyat. Oleh itu, saya nak minta tak kira Melayu, Cina atau India mahupun Sabah dan Sarawak marilah kita hidup sebagai satu keluarga yang besar.

"Politik mesti ada hadnya...kalau kita berpegang pada perlembagaan pasti negara kita akan selamat," katanya.


Sumber - BH Online