Search This Blog

HOME

Tuesday, October 1, 2013

Dia Bukan Muslimah, Tapi Dia Suka Menutup Aurat.


Seorang wanita yang bukan muslimah dari Amerika berjilbab menutup auratnya. Amanda daripada Scramento, California, memilih menutup aurat walau pun beliau bukan Islam semata-mata ingin merasai apa yang dirasai oleh seorang wanita Muslim.

Katanya yang berkelulusan dari Universiti Of Utah,”Saya memilih menutup wajah dan tangan saya kerana saya menyukai berbuat demikian, bukanya untuk maksud yang lain.”, sebagaimana yang diberitakan oleh “Muslimvillage”, Rabu yang lalu.

Keputusan berbuat demikian bukan kerana kebodohannya namun datang dari pengamatannya selama berkawan dengan wanita-wanita Arab di universiti tempat beliau melanjutkan pengajian PHD di dalam bidang Kajian Antarabangasa dan Arab. Selain itu melaui pembacaan serta pencarian di dalam internet berkaitan dengan jilbab menambah keinginan untuk berbuat demikian.

Pelik bin ajaib di Tanah Tumpah Darahku bumi bertuah Malaysia nan tercinta ini yang ramai berbangga dengan Islam kononnya, namun ramai pula yang bergelar Muslimah sejati tidak menutup aurat. Yang menutup pula tidak menutup dengan sempurna. Lagi bertambah pelik sanggup pula berhujjah dengan Quran dan Hadis untuk tidak menutup aurat.

65 Tahun Merangkak Ke Masjid. (Gambar & Video)

Syeikh Abdullah Al-Asiri
Di dalam suasana akhir zaman ini yang mana rata-rata keinginan untuk amalan agama makin terhakis di kalangan ummat. Berlebih lagi peratus orang yang bersolat begitu kecil apa lagi dengan peratus orang yang solat berjemaah. Namun begitu masih lagi terdapat insan yang tidak sempurna sanggup ke masjid untuk solat berjemaah miski pun terpaksa merangkak bilamana iman menyelinap ke anggota badan.


Ini sebagaimana hadis Rasulullah saw yang menyatakan bahawa sekiranya diketahui pahalanya (solat Suboh berjemaah) maka pasti mereka akan datang walau pun terpaksa merangkak. Hadis ini telah pun dipraktikkan oleh insan yang penulis sebutkan iaitu Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lupuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat suboh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak.

Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpecil di Selatan Azizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditambah dengan kecacatan tubuhnya namun beliau masih mampu berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau telah berbuat demikian selama hampir 65 tahun berulang alik untuk solat berjemaah di masjid di tempatnya.

Beliaulah sebenarnya “Ar-Rijal” yang disebutkan oleh Allah dan Rasulnya saw yang syarat terhasil sifat ini dengan sentiasa hati “mualaqul bil masaajid” terpaut pada masjid.

Kita, meskipun mengetahui fadhilat dan ganjaran pahala serta celaannya, namun tidak mampu untuk berbuat demikan. Ke hulu ke hilir kita boleh berjalan untuk shopping atau berjoging namun ke masjid . . . .

Semuga Allah swt memberi kekuatan bagi kita untuk istiqamah di dalam melaksanakan solat lima waktu dengan berjemaah.


Insyaallah.


Lelaki Ada Hidung Didahi?, Macamana Ni........

 

Dengan menggunakan kulit dan rawan dari tulang rusuk pesakit , para doktor di China telah berjaya membina semula hidung seorang pemuda yang telah mengalami kemalangan kereta pada tahun lepas.

Pesakit yang dikenali dengan nama Xiaolin hanya mendapatkan rawatan asas di hospital selepas bulan Ogos 2012 dan akibat lambat menjalani rawatan hidung pemuda tersebut yahg juga cedera teruk telah dijangkiti kuman dan tidak boleh digunakan lagi.

ni kalau hujan macamana ni........
Doktor di Fuzhou City , di wilayah Fujian, China memutuskan untuk mencuba pendekatan baru membina hidung manusia dan mereka telah berjaya membuatkan pemuda tersebut bernafas semula melalui lubang hidung yang baru tetapi yang peliknya hidung baru pemuda ini terletak didahi.


Teknik ini dilaporkan yang pertama didunia didalam pembedahan plastik rekonstruktif..

Pasar Menjual Daging Manusia Dibuka Di London. (16 Gambar)


Kepada anda yang gemar melancong ke London bolehlah mencuba daging manusia yang ada dijual disebuah pasar di London.


















Buat Anak Untuk Dijual.

Gambar hiasan

Bogor: Polis menahan pasangan suami isteri, Asnawati, 39 dan Didin, 40, kerana menjual bayi mereka berusia 10 hari untuk memperoleh wang, Sabtu lalu.

Suspek kes memperdagangkan manusia itu mendakwa terpaksa menjual bayi mereka kerana masalah kemiskinan.


Asnawati, penduduk tempatan kampung Pagelaran di Ciomas dekat Bogor memberitahu polis bayi berkenaan anaknya yang kelapan dan ketiga dijual tetapi tidak memberitahu jumlah wang diperoleh. Ketua Polis Unit Jenayah Ciomas, Lucy Irawan mengesahkan pasangan itu menjual ketiga-tiga anaknya dalam tempoh empat tahun lalu.

Katanya, suspek mendakwa mereka tidak menjual kanak-kanak berkenaan tetapi menyerahkan mereka sebagai anak angkat. Pasangan itu meminta sejumlah wang selepas menyerahkan kanak-kanak berkenaan,” katanya, semalam.

Kanak-kanak berkenaan dijual ketika berusia 10 hari.

Didin mendakwa dia menjual bayi mereka kerana tidak mampu membiayai perbelanjaan keluarga.

Jurucakap polis Bogor, Didik Purwanto berkata bayi berkenaan kini dalam jagaan polis. Usaha mencari dua lagi kanak-kanak dilancarkan.

Kes itu terbongkar selepas jiran pasangan berkenaan membuat laporan polis selepas tidak melihat bayi yang dilahirkan Asnawati.


Asnawati mengaku mula melakukan jenayah itu pada 2009.

Sebab Nak Rasa Cabaran - Pasangan Kekasih Digilis Kereta Api Ketika Berasmara.

Gambar hiasan
Kiev: Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.


Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.

Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.

Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.


Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu.

Lelaki Amerika 13 Tahun Kahwin Dengan Patung.

Davecat bersama isteri kesayangannya

Michigan: Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.

Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.


Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.


“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.

RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.

Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.


Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.

Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.


“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman kepada Sidore.