Search This Blog

HOME

Tuesday, October 1, 2013

Dia Bukan Muslimah, Tapi Dia Suka Menutup Aurat.


Seorang wanita yang bukan muslimah dari Amerika berjilbab menutup auratnya. Amanda daripada Scramento, California, memilih menutup aurat walau pun beliau bukan Islam semata-mata ingin merasai apa yang dirasai oleh seorang wanita Muslim.

Katanya yang berkelulusan dari Universiti Of Utah,”Saya memilih menutup wajah dan tangan saya kerana saya menyukai berbuat demikian, bukanya untuk maksud yang lain.”, sebagaimana yang diberitakan oleh “Muslimvillage”, Rabu yang lalu.

Keputusan berbuat demikian bukan kerana kebodohannya namun datang dari pengamatannya selama berkawan dengan wanita-wanita Arab di universiti tempat beliau melanjutkan pengajian PHD di dalam bidang Kajian Antarabangasa dan Arab. Selain itu melaui pembacaan serta pencarian di dalam internet berkaitan dengan jilbab menambah keinginan untuk berbuat demikian.

Pelik bin ajaib di Tanah Tumpah Darahku bumi bertuah Malaysia nan tercinta ini yang ramai berbangga dengan Islam kononnya, namun ramai pula yang bergelar Muslimah sejati tidak menutup aurat. Yang menutup pula tidak menutup dengan sempurna. Lagi bertambah pelik sanggup pula berhujjah dengan Quran dan Hadis untuk tidak menutup aurat.

No comments:

Post a Comment