Indra Putra Mahayuddin |
Ini semua penyakit, daripada nak bergurau tak pasal-pasal jadi kes polis, kan bodoh namanya. Kalau Indra Putra buat laporan polis kan naya?.
Tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin tidak tahu dia diancam bunuh selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Indra memberitahu, dia tidak mengambil serius terhadap ugutan itu yang disifatkannya gurauan semata-mata.
Mamat namanya Boy Nazrie yang cari penyakit |
"Saya tidak apa-apa. Sejujurnya, saya bersama ahli keluarga masih selamat buat masa ini.
"Saya tidak tahu jika ada ugutan bunuh daripada mana-mana pihak tetapi saya percaya ia lebih kepada gurauan sahaja. Ia tidak begitu serius," kata Indra ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tinjauan Kosmo! dalam laman sosial Facebook semalam mendapati ada pihak tidak berpuas hati dengan Indra yang didakwa sengaja menyiku penyerang Johor DT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.
Pertembungan antara Indra dan Mat Yo itu menyebabkan bekas penyerang Kelantan itu ditimpa kecederaan hidung berdarah.
Ditanya mengenai insiden itu, Indra berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai hal itu buat masa ini. Saya akan tunggu masa yang lebih sesuai."
Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) boleh mengemukakan aduan terhadap insiden itu yang dikatakan 'terlepas pandang' oleh pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri.
Jika PBNJ mengemukakan aduan, FAM sedia mengambil tindakan terhadap Indra jika bekas pemain kebangsaan itu benar-benar didapati bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mat Yo.
Bengang punya pasal, mamat boroi ni menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan. |
Selain insiden itu, satu lagi 'babak' yang mencuri tumpuan pada pertemuan di Kota Bharu Sabtu lalu ialah tindakan penyerang import Johor DT, Leonel Nunez menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan.
No comments:
Post a Comment