Search This Blog

HOME

Friday, October 25, 2013

Suami harap pembunuh Norazita dihukum setimpal.

Suami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy 
ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat.

KUALA LUMPUR - Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,00 dari bank berkenaan.

"Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh seorang pengawal keselamatan ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal Ambank cawangan Subang Jaya, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan pada sidang akhbar hari ini berkata polis menahan dua lelaki dan seorang wanita, dipercayai isteri pengawal keselamatan terbabit, dan menemui semula lebih 20,000 wang rompakan itu.

Dua lelaki anggota keluarga suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat keselamatan berlainan dan wang itu disimpan oleh seorang daripada mereka di tempat dia bekerja.

No comments:

Post a Comment