Allahu Akhbar, siapakah tentera berpakaian serba putih serta berjanggut panjang yang membantu penduduk Gaza di Palestine didalam mempertahankan tanahair mereka yang dijajah secara zalim oleh tentera zionis, Israel?.
Sebenarnya penduduk Gaza sendiri tidak tahu menahu tentang perkara ini dan banyak kejadian pelik telah berlaku di bumi Palestine terutama di Gaza yang heboh diperkatakan sehingga ke hari ini dan pengakuan oleh tentera Israel di TV lebih menguatkan lagi adakah Allah S.W.T. telah menghantar tenteranya untuk melindungi rakyat Palestine.
Umum diketahui bahawa mereka yang ingin menyertai Tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam dimestikan tidak tinggal solat lima waktu dan seorang yang hafaz Al-Quran barulah boleh menyertainya dan adakah ini memungkinkan perkara-perkara pelik ini berlaku........
Diantara perkara-perkara pelik yang berlaku dan dihadapi oleh tentera israel adalah seperti berikut :-
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!.
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu?.
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!.
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel.
Semuga Allah S.W.T. sentiasa melindungi rakyat Palestine yang dijajah dan ditindas oleh rejim zionis israel. Amin.
No comments:
Post a Comment