Search This Blog

HOME

Thursday, October 10, 2013

Adflin Shauki Kecewa Difitnah.

Adflin Shauki 
Afdlin Shauki Dah Muflis? Pengarah dan pelakon Afdlin Shauki mendedahkan dia mendapat tahu ada pihak membuat fitnah dengan menuduhnya muflis kerana gagal melangsaikan hutang bank.

Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42, bagaimanapun menegaskan sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak bank yang berurusan dengannya.

Pihak yang menuduhnya muflis itu juga ternyata tidak membuat penyelidikan yang baik kerana apa yang didakwa langsung tiada fakta.

Dalam pada itu, Afdlin mengakui dia masih berhutang selepas meminjam untuk pembikinan filem Los dan Faun sebelum ini.

"Biasalah dalam menerbitkan filem, kita pasti akan berhutang dengan bank. Dan sehingga kini saya masih membayar hutang kerana kegagalan meraih pulangan bagi filem Los dan Faun. Tetapi tidaklah sampai diisytiharkan muflis,"

Melihat pelbagai isu yang melibatkan pemilik syarikat Vision Networks Sdn. Bhd sejak akhir-akhir ini, Afdlin menyifatkan, kontroversi yang berlaku pada dirinya sebagai dugaan.

No comments:

Post a Comment