Dengan penduduk seramai 30 ribu orang San Marino merupakan negara terkecil ketiga di Eropah setelah Vatikan dan Monaco. Banyak keunikan negara ini, salah satunya ialah dinegara ini hanya mempunyai seorang banduan.
Boleh dikatakan banduan ini adalah banduan yang “manja” di dunia dan juga boleh digelar banduan yang paling “kesepian” kerana mendiami sebuah penjara yang hanya mempunyai 6 sel dan merupakan satu-satunya penjara di San Marino.
Untuk makan, banduan yang berusia 30 tahun ini diberi makanan yang dipesan dari sebuah restoran tempatan kerana pihak pengurusan mendapati tidak ekonomi jika disediakan kantin di penjara hanay untuk melayan seorang banduan.
Lelaki yang ditahan karena jenayah kekerasan rumahtangga itu itu juga bebas pergi ke gim, perpustakaan dan didalam selnya disediakan sebuah television. Penjara yang dulunya sebuah bekas Biara Capuchin. terletak di puncak bukit itu juga mempunyai panaorama yang menarik kerana dibawah bukit tersebut terhampar pemandangan bandar San Morino.
San Morino telah diberi kemerdekaan sejak 1,700 tahun lalu dan boleh dikatakan ianya adlah sebuah negara tertua di dunia.
No comments:
Post a Comment