Search This Blog

HOME

Saturday, October 5, 2013

Perbendaharaan US Ganti Semula Wang Dimakan Anjing.

Duit 100 yang dipungut dari najis anjing dicuci dan ditampal oleh tuannya  


LOS ANGELES: Seorang lelaki yang mencantum kembali cebisan lima keping wang AS$100 (RM314) selepas dimakan anjing bermata satu peliharaannya tahun lalu, bakal menerima $500 (RM1,591) semula daripada Jabatan Perbendaharaan Negara Amerika Syarikat sebagai ganti dana yang diidamkan.

Anjing jenis Golden Retriever yang diberi nama Sundance menelan wang AS$100 milik Wayne Klinkel ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan tengah hari.
Klinkel yang bekerja sebagai pereka grafik berkata, Sundance dipelihara sejak 12 tahun lalu dan kehilangan mata sebelahnya selepas dibedah kemudian membuang najis yang mengandungi cebisan wang kertas yang berada dalam keadaan elok.

Beliau kemudian menggunakan kaedah tampalan secara tradisional dengan mencuci, mengering dan menampal berjaya mengembalikan wang kertas berkenaan ke bentuk asal sebelum dihantar ke Jabatan Perbendaharaan untuk mengganti semula wang kertas yang rosak.

Klinkel baru saja menerima berita mengenai permohonan mengganti semula wang berjumlah $500 itu pada Isnin lalu sebelum ini kecewa berikutan permohonannya masih disemak.

Pengendali dari jabatan berkenaan bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan mengenai kelulusan permohonan Klinkel itu.

“Saya sangat gembira apabila dimaklumkan bahawa wang yang dimakan anjing diganti semula oleh pihak perbendaharaan. Sebelum ini saya tidak menaruh harapan akan mendapatnya semula,”katanya.
Permohonan ganti wang rosak kepada perbendaharaan disertakan bukti, biasanya mengambil masa dua tahun untuk diluluskan.

Majikan Klinkel akhbar The Independent Record, mengirimkan gambar Sundance menggigiit cek yang diterima Klinkel di laman webnya.

No comments:

Post a Comment