Search This Blog

HOME

Saturday, October 12, 2013

Sebelum Ni Kena Kutuk Pakai Baju Tak Kena Gaya, Kini Fida Dilabel Artis Bermasalah?.


Entah di mana silapnya, perjalanan karier seni Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Fida Ibrahim tidak selancar yang disangka.

Bermula dengan kisah cinta sehinggalah ke kontroversi berpakaian dan bertudung, nama Fida bagai tidak sudah-sudah terpalit dengan kisah kontroversi.

Terbaru, Fida telah dilabel sebagai artis bermasalah gara-gara tindakannya meninggalkan lokasi penggambaran telefilem Kampungku dan Aidil Adha di Baling, Kedah.

Merasakan dirinya adalah artis yang teraniayai, tegas Fida dia tidak akan sesekali memohon maaf kepada pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua.

"Sebenarnya isu minta maaf telah lama selesai sebelum perkara ini tersebar kepada pihak media. Saya juga pelik kenapa dia perlu menabur fitnah dan memburukkan nama saya kepada semua orang sedangkan perkara ini telah lama selesai.

"Apa yang boleh saya jelaskan dia juga perlu tampil meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar terhadap saya.

"Pelbagai kritikan yang saya terima mengenai isu terbabit sehingga saya dilabel artis bermasalah. Namun, saya akur sebagai insan biasa lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan menerimanya dengan reda.

"Saya juga memandang pada sudut positif setiap fitnah yang diberikan itu ada hikmah sebaliknya," katanya kepada Zass.

Ditebak mengapa dia mendiamkan diri sebaik pihak produksi memaklumkan dia lari dari lokasi, Fida menjelaskan, dia mengambil pendekatan tersebut kerana enggan memanjangkan lagi isu itu.

"Sebenarnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini, sedangkan segala tuduhan yang dikatakan itu tidak benar sama sekali yang melabelkan saya sebagai artis bermasalah dan lari dari set penggambaran.

"Saya melakukan sedemikian kerana mempunyai alasan yang kukuh hanya orang yang berada di tempat tersebut akan mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi.


"Dalam hal ini, saya tidak kisah kalau pihak tersebut nak saman jika saya tidak tampil memohon maaf, kerana saya ada segalanya bukti dan penjelasan kukuh kenapa saya bertindak sebegitu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment