Search This Blog

HOME

Thursday, October 10, 2013

Siapa ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis Subang Jaya?



Gempar sebelum ini mengenai ‘Predator Malaysia’ yang datang ke Balai Polis, kononnya sesetengah spekulasi mengatakan predator sesat bertanyakan jalan dan sebagainya hangat diperkatakan laman-laman media sosial. Pasti ramai yang bertanya siapakah di sebalik topeng predator tersebut.

Siapakah sebenarnya di sebalik topeng dan pakaian lengkap predator ini?.


Jangan terkejut kerana manusia yang bertopengkan predator dan pakaian lengkap predator ini adalah seorang doktor.

Doktor yang lengkap dengan seragam predator yang berharga RM85 ribu ini sebenarnya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai penjualan sijil sakit (MC) palsu di laman sosial Facebook.




Tetapi mengapa harus memakai pakaian sebegini rupa untuk tampil di balai polis?

Katanya :

“Saya pakai begitu sebab utamakan keselamatan, bukannya mahu mencari glamor,”. Demikian kata Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM) Dr Jim Loi Duan Kong mengenai tindakannya memakai sut daripada filem aksi sains fiksyen Predator memasuki Balai Polis Subang Jaya 1 Oktober lalu.

Gambarnya bersama sut sambil menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki B-King GSX1300 itu kemudian dimuat naik di beberapa blog dan mendapat pelbagai reaksi termasuk menggelarnya sebagai Predator Malaysia.


“Saya pergi ke sana untuk membuat laporan polis berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook, tetapi tidak sangka sebaik memasuki balai, sut filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat itu menjadi tumpuan polis yang bertugas.


“Selesai membuat laporan, mereka minta saya pakai semula topi keledar yang direka mengikut kepala Predator sebelum mengambil gambar bersama motosikal dan memuat naik di Internet tanpa pengetahuan saya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di kliniknya.

Sumber

No comments:

Post a Comment