Search This Blog

HOME

Saturday, October 5, 2013

Polis Dah Buat Macam2 - Pusat Hiburan Ini Masih Lagi Dibuka.

Sebahagian daripada wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat hiburan
di Kelana Jaya, Selangor kelmarin.
Nak suruh polis buat apa lagi, takkan nak dibakar pulak pusat hiburan yang degil sangt ni, nanti dikatakan salah guna kuasa pulak, siapa dibelakang mereka sebenarnya.

Penulis hairan kenapa ramai termasuk NGO membantah apabila PCA hendak diluluskan oleh Parlimen sedangkan akta tersebut merupakan akta yang diluluskan di Parlimen pada 1959 untuk mengawal penjenayah, anggota pertubuhan rahsia dan pihak yang tidak diingini, tidak ada kena mengena dengan mereka yang terlibat dengan politik kecuali kecuali orang politik ada terlibat dengan jenayah.

Penulis bagi contoh sebuah pusat hiburan yang beroperasi di Petaling Jaya, sudah berkali-kali diserbu, pengusahanya tetap meneruskan operasi dan ada pulak GRO2 yang baru diimpot, tangkap macamanapun ada aje cewek2 yang baru di pusat hiburan tersebut, seolah-oleh mereka ini kebal daripada tindakan undang-undang........ siapa dibelakang mereka sebenarnya?

Pusat hiburan di Kelana Business Centre di sini bukan sahaja menawarkan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kepada lelaki-lelaki hidung belang malah mengadakan cabutan bertuah televisyen plasma 32 inci kepada para pelanggan yang antaranya terdiri daripada golongan kenamaan.

Bagaimanapun, kerancakan GRO terbabit melayan pelanggan yang diadakan sempena ulang tahun ke-10 pusat hiburan tersebut terhenti separuh jalan apabila premis itu diserbu pihak berkuasa malam kelmarin.

Dalam serbuan pada kira-kira pukul 11.30 malam semalam, 19 GRO warga asing yang terdiri daripada 13 warga Filipina dan lima dari Thailand ditahan.

Seorang pondan warga Filipina turut diberkas dalam operasi itu. Kesemua mereka berumur 21 tahun hingga 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, ia merupakan serbuan ketiga ke atas pusat hiburan tersebut pada tahun ini. Kali ini ia membabitkan risikan selama dua hari.

"Sewaktu serbuan dijalankan, kesemua GRO terbabit sedang leka menari dan melayan pelanggan masing-masing yang kita percaya terdiri daripada orang kenamaan.

"Hasil siasatan kami mendapati sempena sambutan ulang tahun ke-10, premis itu telah menawarkan sebuah TV LCD bersaiz 32 inci untuk pelanggan yang bertuah.

"Pelanggan-pelanggan lain yang hadir turut menerima kalungan bunga sebagai tanda penghargaan daripada premis itu," katanya kepada pemberita.


Dalam serbuan yang sama, 68 pelanggan telah diperiksa manakala seorang wanita tempatan berusia 30-an dipercayai penjaga premis ditahan.

No comments:

Post a Comment