Ketua Polis Pulau Pinang |
PULAU PINANG 26 Okt. - Polis di negeri ini akan terus mempergiatkan operasi Op Cantas Khas meliputi premis perjudian haram dan pusat penjualan video cakera padat (VCD) serta video cakera digital (DVD) yang tidak berlesen.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, langkah berkenaan adalah bagi membanteras segala aktiviti haram dalam usaha mengurangkan indeks kadar jenayah di Pulau Pinang.
Tegas beliau, sehingga kini pihaknya telah menahan lebih 500 individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan manakala 20 siasatan sedang berjalan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.
"Kita bagi amaran kepada semua pengusaha tidak berlesen ini supaya berhenti melakukan kegiatan yang menyalahi undang-undang memandangkan serbuan akan terus dilakukan," katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment