Westgate Mall yang ditawan militan |
Nairobi: Rakaman terbaru kamera litar tertutup (CCTV) dalam bangunan Westgate Mall menunjukkan tentera Kenya membawa keluar pelbagai barang dari pusat beli-belah itu selepas kejadian serangan empat minggu lalu, lapor akhbar Nation semalam.
Tentera Kenya sedang bersiap sedia |
Laporan itu disiarkan selepas anggota parlimen menyiasat dakwaan mengenai tindakan pasukan keselamatan Kenya sebenarnya tidak sekadar bertugas menumpaskan militan Islam yang berkubu di bangunan berkenaan, sebaliknya turut mencuri.
Menurut Nation, rakaman video 30 minit itu menunjukkan beberapa tentera menyelongkar Pasaraya Nakumatt dan keluar bersama beg plastik putih berisi muatan yang tidak dapat di sahkan.
Antara mangsa yang terbunuh dan terperangkap
“Rakaman sama turut menunjukkan individu berpakaian seragam tentera meletakkan senjata untuk menggeledah barang di pasar raya berkenaan pada hari kedua serangan,” lapor akhbar itu.
Menurut rekod, pada hari kedua tiada sesiapa yang dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan kecuali tentera Kenya. Seramai 67 orang terbunuh dalam insiden berlanjutan selama empat hari itu apabila militan al-Shabab mula menyerbu pada 21 September lalu.
Anggota parlimen yang menyiasat serangan itu Khamis lalu berkata beberapa pemilik kedai yang kerugian berusaha mendapatkan pampasan insurans.
Anggota militan yang dirakam di CCTV |
Beberapa peniaga memberitahu AFP mereka mengunci premis sebelum pusat beli-belah itu diserbu tetapi mendapati barang mereka hilang selepas kejadian itu.
No comments:
Post a Comment