Noreen Noor ada memuat naik status mengenai kisah tentang jenazah disembahyangkan 70,000 malaikat dalam akaun Facebooknya.
Status Noreen itu merujuk kepada kisah bagaimana malaikat memberikan kemuliaan ke atas Muawiyah yang meninggal dunia.
Semasa hidupnya, Jibril memberitahu Rasululllah yang Muawwiyah sering membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan.
Status terakhir arwah di FB. |
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri di sini dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 22 tahun dan anak perempuan, 11 tahun.
Filem pertama yang dibintangi Noreen Noor adalah Talak pada tahun 1980, dan antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam serta pernah popular dengan lagunya, ‘Siang Terbayang, Malam merindu‘.
Semuga Allah S.W.T. mengampunkan segala dosa-dosanya, dirahmati rohnya dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
No comments:
Post a Comment