Seekor kucing di Wainuiomata, New Zealand boleh dikatakan panjang umur apabila remaja berusia 18 tahun yang sedang menjalani latihan memanah menggunakan “crosbow” telah secara tidak sengaja terpanah kepala kucing tersebut sehingga menembusi tengkorak kepalanya.
Selepas terkena panah kucing yang diberi nama “Moo Moo” itu cuba kembali semula kerumah tuannya tetapi telah tersekat dipintu masuk ‘kucing’ dirumah tersebut kerana ukuran panah itu terlalu panjang.
Dr. Jonathan Bray yang memeriksa Moo Moo terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami kucing tersebut tetapi gembira kerana setelah di periksa hanya mengalami kerosakan kecil ditulang tengkorak kepalanya.
“Hanya kecederaan kecil di hidung dan atas mata kucing tersebut tetapi ia adalah seekor kucing yang sangat bertuah,” kata Dr. Jonathan Bay.
No comments:
Post a Comment