Search This Blog

HOME

Tuesday, January 7, 2014

BLOG DR MAZA DIKECAM HEBAT SEBAR FITNAH.



Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Laman Facebook rasmi Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin iaitu DrMAZA.com sebelum ini dilihat memuatnaik gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang didakwanya sebagai pesawat yang digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

DrMAZA.com mendakwa hiasan itu adalah rupa dalaman pesawat baru kegunaan Najib dan ia disifatkan sebagai hiasan yang cantik dan ‘mewah’.

GAMBAR YANG DIKATAKAN FITNAH
DIKELUARKAN OLEH BLOG DR. MAZA


Penerangan berkaitan gambar itu turut menyatakan bahawa kos perjalanan ‘Putrajaya’ yang merujuk kepada Najib mencecah RM180 juta pada tahun 2012.

Penyiaran gambar itu hari ini dibongkar sebagai palsu oleh beberapa blog dan gambar berkenaan sebenarnya telah diambil pengendali laman DrMAZA.com dari sebuah laman web berkaitan jet korporat iaitu Corporate Jet Investor.

Terkantoi dengan fitnah berkenaan, DrMAZA.com hari ini membuat dua kenyataan memohon maaf menerusi laman Facebook itu.

Kenyataan maaf
Kenyataan maaf pertama melibatkan pihak Dr.MAZA.com mengakui kesilapan menyiarkan gambar itu yang diambil dari laman web lain.

“Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar ‘hiasan pesawat’ kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos RM180 juta untuk penerbangan tahun 2012 memang menjadi laporan kebanyakan media.

“Disamping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar,” menurut kenyataan maaf itu.

Bagi kenyataan maaf kedua, ia dibuat kepada Dr Mohd Asri dan juga kepada pengikut laman berkenaan atas penyebaran gambar yang sama.

“Pihak Dr Mohd Asri telah mengarahkan admin (pengendali) menarik balik gambar tersebut dan ia sudah pun ditarik semula, Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas, sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak pengendali,” katanya.

Bak kata pepatah Melayu “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Begitulah yang berlaku kepada laman Facebook rasmi Dr Mohd Asri kerana selepas kesilapan itu mereka menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook.

Dr Mohd Asri turut dilabel sebagai seorang penyebar fitnah ekoran tidak memeriksa dahulu kebenaran gambar yang digunakan oleh laman web Malaysian Chronicel sebelum menyiarkannya di laman Facebook.

Sebagai seorang agamawan dengan jumlah pengikut yang ramai, Dr Mohd Asri sepatutnya mengelakkan perkara-perkara sebegini daripada berlaku kerana ia membawa malu kepada nama baik dan menjejaskan reputasinya selaku pendakwah.

Tidakkah pihak pengendali yang dipilih oleh Dr Mohd Asri diingatkan supaya hanya mengambil berita atau gambar yang sudah dikenalpasti kebenarannya barulah ia disiarkan kepada orang ramai?

Dek kerana hendak cepat mendedahkan sesuatu kepincangan demi menarik perhatian ramai pihak dan mungkin berkeinginan untuk disanjung, laman DrMAZA.com menerika akibat buruk kerana tidak meneliti kesahihan maklumatnya terlebih dahulu.

Friday, January 3, 2014

Kenapa mereka membenci Hitler?.......... ini sebabnya.




“..the only religion I respect is Islam, the only prophet I admire is the prophet Muhammad..”
“..Hence today, I believe that I am acting in accordance with the will of the Almighty Creator, by defending myself against the Jew, I am fighting for the work of ALLAH.”
-Adolf Hitler | Mein Kampf.












Thursday, January 2, 2014

Adakah perasaan anda dengan perasaan mereka sama?........Video yang boleh dijadikan pengajaran.




Apakah tindakan anda semasa sedang memandu tiba-tiba terlihat seorang perempuan tua atau orang buta ataupun orang kurang upaya terkial-kial hendak melintas jalan, adakah anda akan memberhentikan kenderaan anda dan keluar dari kenderaan untuk membantu mereka?.

Mari kita tonton video dibawah ini yang mungkin boleh dijadikan pengajaran bagaimana masyarakat di negara Rusia tidak kira dimana-mana akan melakukannya seperti apa yang ditulis diatas. Jom tonton............ 



Dari pengemis dia jadi orang kaya, sebab apa?........ sebab hatinya yang mulia.


Gambar Billy Ray Harris, kanan dan Sarah Darling serta cincin kepunyaan Sarah


Seorang pengemis berasal daripada St. Louis, Missouri, USA, berhasil mengubah hidupnya kerana berhati mulia. Hidupnya berubah 100% apabila pada suatu hari seperti biasa Billy Ray Harris mengemis di pinggir jalan, lalu seorang wanita tanpa sengaja telah menjatuhkan cincin pernikahannya ke cawan yang diletakkan dihadapannya yang digunakan untuk mengumpul wang hasil pemberian orang ramai.

Apabila melihat sebentuk cincin berada didalam cawan dihadapannya, Haris tidak gelap mata dan berusaha menjejaki wanita tersebut dan beliau berjaya menjumpai wanita tersebut yang bernama Sarah Darling.

Wanita tersebut yang menyangka tidak akan berjaya menjumpai semula cincin perkahwinannya terkejut apabila ditemui oleh Haris yang memulangkan semula cincinnya dan beliau sebenarnya tidak sedar cincinnya telah melorot kedalam cawan Haris semasa meletakkan wang kedalamnya.

Melihatkan mulianya hati Haris, Sarah Darling telah menyebarkan cerita tersebut keseluruh dunia melalui internet dan menyeru orang ramai yang bersimpati dengan Haris supaya memberikan sumbangan kepadanya.

Hasil daripada usahanya, Sarah Darling elah berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak USD180,000.00.

Hasil daripada sumbangan itu telah diserahkan kepada Haris yang kini mampu membeli sebuah rumah dan mempunyai pekerjaan dan bersatu semula dengan keluarganya.

Begitulah ceritanya, budi yang baik akan dibalas dengan yang baik.................

Heboh penampakan wajah wanita didalam foto keluarga Presiden Indonesia di Instagram.

 



Tahun baru 2014 baru saja kita lewati. Semua orang bersorak bahagia menyambut hari baru ini tak terkecuali keluarga Presiden SBY. Keluarga Presiden Susilo Bambang Yudhoyono merayakan malam tahun baru 2014 di Istana Cipanas, Cianjur, Jawa Barat. Dalam kesempatan ini, keluarga Presiden SBY turut mengugcapkan selamat tahun baru kepada rakyat Indonesia melalui sebuah foto.

Foto keluarga tersebut diposting ke akaun Instagram Bu Ani. Namun apa yang mengejutkan foto yang disiarkan menjadi topik hangat hingga diulas oleh akhbar-akhbar di Indonesia.

Ramai pengguna Instagram memberi komen tentang wajah sipi muka seorang wanita yang berada dibelakang isteri Presiden Indonesia itu.

Rata-rata mereka bertanyakan jika betul itu wajah manusia kenapa dia seolah-olah sedang cuba menyorok dari diambil gambarnya dan ada juga yang bertanya adakah wajah hantu seorang wanita menjelma ketika gambar tersebut diambil............ hanya keluarga presiden atau orang yang mengambil gambar tersebut boleh menjelaskannya.

Foto keluarga Presiden Indonesia yang menjadi perdebatan di internet. Kelihatan didalam bulatan merah foto wajah seorang wanita yang dirakamkan......... siapa wanita itu?.