Search This Blog

HOME

Thursday, January 2, 2014

Dari pengemis dia jadi orang kaya, sebab apa?........ sebab hatinya yang mulia.


Gambar Billy Ray Harris, kanan dan Sarah Darling serta cincin kepunyaan Sarah


Seorang pengemis berasal daripada St. Louis, Missouri, USA, berhasil mengubah hidupnya kerana berhati mulia. Hidupnya berubah 100% apabila pada suatu hari seperti biasa Billy Ray Harris mengemis di pinggir jalan, lalu seorang wanita tanpa sengaja telah menjatuhkan cincin pernikahannya ke cawan yang diletakkan dihadapannya yang digunakan untuk mengumpul wang hasil pemberian orang ramai.

Apabila melihat sebentuk cincin berada didalam cawan dihadapannya, Haris tidak gelap mata dan berusaha menjejaki wanita tersebut dan beliau berjaya menjumpai wanita tersebut yang bernama Sarah Darling.

Wanita tersebut yang menyangka tidak akan berjaya menjumpai semula cincin perkahwinannya terkejut apabila ditemui oleh Haris yang memulangkan semula cincinnya dan beliau sebenarnya tidak sedar cincinnya telah melorot kedalam cawan Haris semasa meletakkan wang kedalamnya.

Melihatkan mulianya hati Haris, Sarah Darling telah menyebarkan cerita tersebut keseluruh dunia melalui internet dan menyeru orang ramai yang bersimpati dengan Haris supaya memberikan sumbangan kepadanya.

Hasil daripada usahanya, Sarah Darling elah berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak USD180,000.00.

Hasil daripada sumbangan itu telah diserahkan kepada Haris yang kini mampu membeli sebuah rumah dan mempunyai pekerjaan dan bersatu semula dengan keluarganya.

Begitulah ceritanya, budi yang baik akan dibalas dengan yang baik.................

No comments:

Post a Comment