Otak akan menggunakan waktu kita tidur untuk membuang racun2 didalamnya |
Otak menggunakan masa selama manusia tidur untuk mencuci racun-racun yang terkumpul setelah proses berfikir selama seharian, kata para penyelidik . Para pasukan penyelidik dari Amerika Syarikat itu percaya bahawa " sistem pembuangan racun " adalah salah satu alasan dasar kenapa manusia mesti tidur.
Pengajian mereka yang diterbitkan dalam jurnal Science menunjukkan sel-sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antara neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak kita.
Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.
Sebelumnya telah terbukti waktu tidur berperanan besar dalam proses belajar dan memperbaiki daya ingatan, tapi sebuah pasukan di University of Rochester Medical Centre percaya bahawa salah satu sebab utama tidur mungkin berkaitan dengan sebuah " pekerjaan rumah " yang harus dilakukan di dalam otak.
Berfikir atau tidur
Tidur juga meningkatkan aktiviti otak yang berkaitan dengan ingatan. |
"Otak mempunyai tenaga yang terhad dan tampaknya bahawa ia harus memilih antara dua fungsi yang berbeza - terjaga dan sedar atau tidur dan membersihkan ," kata penyelidik Dr Maiken Nedergaard.
"Anda boleh menganggap otak seperti halnya sebuah rumah untuk berpesta. Di sana anda boleh menghibur para tetamu atau membersihkan rumah, tetapi anda tidak boleh benar-benar melakukan keduanya pada masa yang sama."
Sewaktu badan kita berada dalam keadaan rehat, otak bekerja keras mengeluarkan toksin yang dihasilkan.
Kajian ini berdasar pada penemuan sebelumnya mengenai jaringan otak yang dikenali sebagai sistem glymphatic - yang membawa bahan-bahan buangan keluar dari otak.
Para saintis meneliti dengan menggunakan otak tikus. Kajian ini menunjukkan bahawa sistem glymphatic menjadi 10 kali lebih aktif ketika tikus sedang tidur.
Sel-sel dalam otak menyusut semasa tidur . Hal ini melebarkan saiz ruang antara jaringan otak, sehingga lebih banyak cecair yang masuk dan mencuci racun- racun.
Dr. Nedergaard mengatakan ini adalah fungsi "penting" untuk bertahan hidup, tetapi nampaknya tidak mungkin terjadi ketika fikiran terjaga.
Dia mengatakan kepada BBC: "Ini adalah murni spekulasi, tapi sepertinya otak kehilangan banyak tenaga semasa mengepam air dan itu mungkin tidak boleh dilakukan ketika proses pengolahan maklumat berlaku."
Seba itu kita perlu tidur di waktu malam dan elakkan tidur lewat di malam hari inilah antara hikmah kenapa Allah ciptakan malam dan kenapa kita perlu tidur dimalam hari.. Subhanallah indah sungguh ciptaanya, semuanya ada hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment