Syahrizan (kanan) membaca doa sebelum memulakan operasi memagar sekolah. |
Kuching: “Bulu roma saya terus naik sebaik menghampiri kawasan sekolah ini,” kata seorang pengamal perubatan Islam Syahrizan Wahab ketika menjalankan operasi ‘memagar’ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, di sini, kelmarin, selepas 74 pelajarnya diserang histeria, sekali gus memaksa sekolah itu ditutup sejak hampir seminggu lalu.
Syahrizan berkata, dia tidak menafikan sekolah berkenaan dihuni banyak makhluk halus menyebabkan pelajarnya diganggu.
“Operasi yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir dua jam kemudian turut mendapati persekitaran sekolah berkenaan terlalu kotor menyebabkan mudah didatangi makhluk halus.
“Sepanjang operasi ini, saya dapat berasakan kewujudan makhluk halus, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Pelajar membantu mencurah air dibaca surah Yasin. |
Pengsan lihat lembaga
“Saya melihat satu lembaga berambut panjang keluar daripada badan rakan yang dirawat seorang ustaz dan menuju ke arah saya.
“Selepas itu, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Akilah Mansur, 17.
Kakak kepada pelajar yang mengalami histeria, Azian Ibrahim (kanan) menunjukkan luka dialami adiknya, Natasha. |
Dia antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini, yang diserang histeria ketika perhimpunan pagi di dewan sekolah, Isnin lalu dan berulang lagi, semalam.
Masalah itu yang dikatakan bermula sejak Jumaat minggu lalu memaksa pihak pengurusan menutup sekolah itu enam hari, bermula semalam.
No comments:
Post a Comment