Search This Blog

HOME

Thursday, January 16, 2014

Kehadiran Tentera Dalam Tunjuk Perasaan Jadi Isu.


Anggota Tentera Thailand hanya tersenyum ketika penunjuk perasaan meniup wisel berhampiran pos kawalannya di atas sebuah jejantas di Bangkok.

Bangkok: Polis menahan beberapa pegawai tentera laut negara itu selepas didapati memiliki senjata dan kad VIP dikeluarkan Rangkaian Pelajar dan Rakyat Untuk Pembaharuan Thailand (SPNTR) semalam.

Penahanan itu menimbulkan spekulasi terhadap pembabitan pasukan tentera dalam gerakan antikerajaan.

Bagaimanapun pegawai atasan tentera laut mereka menafikan sebarang pembabitan dalam tunjuk perasaan.

Sebaliknya, kata sumber, tentera terbabit berada di tengah penunjuk perasaan kerana ditugaskan menyiasat kes dadah.

Tiga anggota tentera terbabit ditahan di pusat pemeriksaan Krung Kasem ketika memandu trak pikap sejurus selepas tengah malam kelmarin.

Polis menemui tiga pistol 9mm, 72 peluru, lima kelopak, dua pisau lipat, sehelai rompi kalis peluru dan tiga kad VIP dikeluarkan SPNTR.

Plat kenderaan dengan cop tentera laut turut ditemui dalam pikap berkenaan dengan plat kenderaan berbeza dipamerkan pada kenderaan terbabit.

Tiga pegawai tentera laut itu kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan.

No comments:

Post a Comment