KUALA LUMPUR: Seramai 6,149 warga asing diperiksa dalam Operasi Bersepadu Fasa 2 dimulakan jam 12.01 tengah malam tadi membabitkan 107 operasi seluruh negara.
Daripada jumlah pemeriksaan itu, 1,565 adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sasaran asal kementerian sekitar 400,000 Pati.
"Sasaran 400,000 PATI, mungkin akan lebih atau jumlahnya mungkin kurang daripada itu. Semua PATI itu akan dihantar ke negara masing-masing tanpa kerajaan mengeluarkan kos.
"Selain itu, mereka akan disenaraihitam untuk tidak lagi dibenarkan masuk ke negara ini selepas cap jari biometrik diambil untuk rekod," katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment