Search This Blog

HOME

Saturday, January 18, 2014

'Sultan Melaka' Ditahan Reman Tiga Hari Lagi.


MELAKA - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap Noor Jan Tuah, 57, yang mengaku dirinya sebagai 'Sultan Melaka'.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, V. Kanasan pada pukul 11.10 pagi selepas pihak polis yang diwakili Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan RR Kumares mengemukakan permohonan tersebut.

Noor Jan diperintah menyambung reman bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Noor Jan yang dicekup polis di Jeti Anjung Batu, Serkam, Jasin pada hari Rabu lalu hadir di Kompleks Mahkamah Melaka pada pukul 10 pagi diiringi pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sebelum meninggalkan kompleks kira-kira jam 11.15 pagi.


No comments:

Post a Comment