Search This Blog

HOME

Tuesday, January 21, 2014

Isu Sumbat Kangkong - Lim Kit Siang Bersuara.

Lim Kit siang pernah menangis sebelum ini........

Kalau sudah melampau sangat takut nanti boleh mengundang padah.Lim Kit Siang nampaknya cukup sedar hal ini.

Ekoran kemarahan ramai pihak terhadap tindak tanduk kurang ajar Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Machang Bubuk,Pulau Pinang Lee Khai Loon ketuai aksi demo sumbat kangkong pada replika Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu,otai DAP itu bersuara.

Sabtu lalu ribuan orang Melayu Pulau Pinang telah mengadakan demonstrasi yang dilihat sebagai amaran kepada puak pembangkang jangan bertindak melampaui batas.

Dalam satu kenyataan semalam, Kit Siang meminta Khai Loon meminta maaf atas perbuatannya.

Katanya beliau sendiri melihat perbuatan itu keterlaluan,ofensif dan tak sensitif.

Beliau bimbang perbuatan ini boleh mengundang kepada permusuhan antara kaum.

ini baru 0.0000000000001%
Kit Siang juga nampak mahu menjauhkan DAP dari dikaitkan dengan perbuatan Khai Loon.

Katanya DAP tidak terlibat dalam aksi demo itu.


Sumber - AgendaDaily

No comments:

Post a Comment