Search This Blog

HOME

Sunday, January 26, 2014

Presiden Paling Miskin Di Dunia Pilih MODEL BOGEL Jadi Setiausaha.

Jose Mujica, Presiden paling miskin di dunia.
Montevideo - Presiden Uruguay, Jose Mujica menjadi bahan berita apabila beliau dikatakan mempunyai seorang setiausaha yang juga model seksi ketika sebuah akhbar Brazil menyifatkan pemimpin itu sebagai presiden paling miskin di dunia.

Fabiana Leis, 33, Model yang dikatakan menjadi setiausaha Presiden Uruguay

Fabiana Leis, 33 yang bekerja di pejabat presiden itu sejak 2002 pada masa sama juga bekerja sebagai seorang model, aktres dan seorang penari.

Sedang menerima tetamu dari Kesatuan Eropah

“Di Uruguay susah untuk hidup jika anda hanya bergantung kepada seni semata-mata,” kata Leis dalam temubual dengan Clarin.

Leis juga menarik perhatian umum apabila muncul menjadi model dengan berbogel dalam sebuah majalah Uruguay, Fevvi pada 2011.

Presiden yang tak nampak macam presiden
Akhbar Korean Herald menyifatkan tidak seperti rakyat Korea, penduduk tempatan di Uruguay tidak pernah mempersoalkan aktivitinya di mana kakitangan kerajaan akan didakwa jika melakukan perbuatan seperti itu sedangkan mereka masih dalam perkhidmatan awam.

Malah model terbabit dikatakan turut mengedarkan 200 kalendar berkenaan kepada rakan sekerjanya di pejabat presiden itu.

Presiden Uruguay bersama-sama anjing teman setianya dirumah ladangnya.
Presiden berusia 78 tahun itu menjalani kehidupan paling ringkas dengan hanya menerima 10 peratus daripada gajinya berjumlah AS$1,200 (RM3,988) manakala selebihnya didermakan.

Presiden Mujica dan isterinya memiliki harta yang amat sedikit berbanding presiden lain termasuk hartanah bernilai AS$1,870 (RM6,234), dua kereta bernilai AS$5,520 (RM18,348) dan tiga traktor serta peralatan ladang bernilai AS$18,993 (RM63,132).

Presiden itu tinggal di sebuah rumah ladang yang hampir roboh dengan kain bersidaian di luarnya.

Rumah milik Presiden Uruguay yang seakan-akan nak roboh
Bekalan airnya adalah dari sebuah perigi di halaman rumahnya yang sudah ditumbuhi banyak lalang.

Tidak ada pengawal keselamatan lengkap bersenjata, yang ada hanya dua anggota polis dan seekor anjing berkaki tiga, Manuela yang berkawal di luar rumah berkenaan.

Sumber - Mynewshub

No comments:

Post a Comment