Beberapa orang tokoh sunnah mengatakan bahawa “Syiah adalah himpunan segala ajaran sesat di muka bumi ini. Tiada satu pun ajaran sesat melainkan ada di dalam Syiah.”
Kenyataan ini mungkin agak keterlaluan, nakal, pelik dan lucu. Tetapi bagi pengkaji-pengkaji tegar ajaran Syiah, kenyataan ini ada kebenarannya. Ramai pengkaji yang membongkar buku-buku syiah dan membuktikan kebenaran dakwaan ini. Ini tidak menghairankan kerana Syiah itu sendiri diasaskan oleh Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ al-Yahudi yang berasal dari Yaman.
Syiah bukan satu mazhab dalam Islam, bahkan satu kelompok yang terkeluar dari Islam. Ada yang mengatakan Syiah bukan murtad kerana mereka tidak pernah masuk dalam Islam!
Mereka seperti yang disebut di dalam Al-Quran (al-Khaf ayat 103-106), adalah golongan paling rugi, segala amal mereka sia-sia tetapi mereka menyangka mereka berbuat baik. Mereka kufur kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan denganNya lalu gugur segala amalan mereka (sekiranya ada seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan bersedekah). Di akhirat, mereka seperti tidak wujud dan segala amalan mereka hanyalah hampas.
Kufah Iraq
Asalnya golongan Syiah berkembang baik di Kufah Iraq. Pada mulanya mereka itu tiada beza dengan Ahl al Sunnah Cuma mereka mengutamakan ‘Ali berbanding khalifah yang ketiga. Mereka disebut Syiah Tafdil. Kemudian masuk jarum Yahudi, Nasrani dan Majusi ke dalam aliran mereka sehingga terbentuk satu kelompok lain.
Iran Sunnah
Dari Iraq, Syiah membiak sampai ke Bumi Syam dan Iran. Iran asalnya sebuah Negara sunnah. Hanya empat Bandar Syiah wujud di Iran. Apabila Ismail Safawi 9matitahun 1524M0 berjaya merampas kuasa, dia mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Iran dan menjadikan Syiah sebagai agama rasmi. Untuk menSyiahkan rakyat Iran, dia memanggil tokoh-tokoh Syiah Lubnan datang ke Iran. Pembunuhan terhadap Ahl al-Sunnah dilakukan besar-besaran. Dengan kekuatan senjata dia memaksa baki rakyatnya yang beraliran sunnah memasuki Syiah.
Quran Syiah
Mereka menolak keaslian al-Quran yang ada hari ini. Ini pun cukup untuk menjadi kafir menurut Islam. Quran mereka yang mereka namakan Mushaf Fatimah adalah 3 kali ganda lebih tebal daripada al-Quran sekarang.
Melalui pemerhatian, tafsir Syiah penuh dengan kekarutan hawa nafsu, cerita dongeng purbakala, kuno, lucu dan hodoh. Dr. Solah al-khalidi ada menulis dan mengulas buku Tafsir kulayni yang caca merba, penuh hawa nafsu, batiniyyah dan karut. Buku-buku tafsir mereka seumpama buku-buku perdukunan dan jampi serapah dahulukala. Dalam Islam, mentafsir al-Quran secara sesat adalah satu jenayah besar dan kekufuran. Al-Quran mesti ditafsir dengan al-Quran, hadith, tafsiran sahabat dan tabi’in serta mengikut kadah-kaedah bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment