Lee Ah Chai bersama isteri barunya |
Bapa kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei iaitu Lee Ah Chai mungkin berniat mahu mengumumkan kepada kawan-kawannya menerusi Facebook bahawa dia baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Menerusi gambar yang dimuatnaik di Facebook semalam (Jumaat), Ah Chai atau Steven Lee mengepos gambar dirinya bersama seorang wanita memakai baju pengantin bersama tulisan LOVE.
Tapi apa yang berlaku, gambar itu kemudiannya tersebar di laman sosial dan mendapat perhatian ramai memandangkan Lee Chong Wei merupakan figura terkenal di negara ini.
Salah satu media sosial yang mengepos semula gambar ini, Facebook Kwong Wah Yit Poh menerima pelbagai komen tahniah namun terdapat ramai juga yang memberikan komen sinis.
Akibatnya, Ah Chai muncul di ruangan komen lalu menyelar mereka yang mengutuk dirinya.
Maksud Ah Chai lebih kurang berbunyi, jangan sibuk dengan hal keluarganya kerana mereka tidak tahu hal sebenar.
Rata-rata yang mengutuk Ah Chai mengaitkan dirinya dengan insiden pada 2012 apabila dia pernah masuk berita kerana mahu terjun dari Jambatan Pulau Pinang disebabkan terlalu tertekan dengan masalah keluarga.
Ah Chai juga dilaporkan bercerai dengan ibu kandung Chong Wei pada April tahun lalu. Sejak itu dia tinggal seorang diri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sebelum mengepos gambar perkahwinannya, Ah Chai sudah beberapa kali mengepos gambarnya bersama bakal ibu tiri Chong Wei di Facebook.
No comments:
Post a Comment