Bot yang digunakan oleh pelatih komando semasa mereka hilang dilaut |
Kuala Lumpur: Pentauliahan beret hijau kepada 11 pelatih Kursus Asas Komando yang hilang dalam kejadian ribut ketika menjalani latihan di Selat Melaka pada 7 Disember lalu sebelum ditemui selamat dua hari kemudian, ditangguhkan sehingga Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Darat (LSATD) selesai menjalankan siasatan yang dijangka minggu depan.
Namun, 27 pelatih lain sudah menamatkan kursus berkenaan dan menerima pentauliahan beret hijau pada 28 Disember lalu.
Ketika lawatan Yang Dipertua Negeri Melaka |
Dalam kejadian 7 Disember lalu, negara digemparkan dengan kehilangan 11 pelatih komando yang sedang menjalani latihan asas mendayung sebelum ditemui selamat dua hari kemudian bersama dua jurulatih mereka.
Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (gambar) berkata, buat masa ini 11 pelatih terbabit masih belum diberi pentauliahan beret hijau selepas tamat latihan pada 28 Disember lalu, namun 27 pelatih lain menerima pentauliahan berkenaan sebagai tanda tamat latihan.
“Siasatan kejadian itu dijalankan daripada pelbagai sudut.
Ini bagi memastikan kewibawaan dan integriti TDM sebagai sebuah angkatan yang disegani rakyat sentiasa terpelihara.
“Kita agak tegas mengenai perkara (latihan komando) ini kerana mereka yang akan dikeluarkan nanti akan menjadi pasukan elit kepada tentera darat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.
Raja Mohamed Affandi berkata, laporan akhir kertas siasatan itu dijangka siap minggu depan, tetapi tidak akan diumumkan kepada orang ramai kerana ia tidak membabitkan kepentingan awam.
“Kita cukup serius dalam menilai insiden yang pertama kali berlaku dalam sejarah pasukan keselamatan itu.
“Jadi sebagai anggota pasukan elit, mereka mestilah mempunyai kualiti yang sempurna.
Jika dalam siasatan itu memang mereka mengalami kejadian seperti yang dilaporkan, mereka akan kita anugerahkan beret seperti mana kelayakan hak mereka” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan pelatih terbabit didera, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
“Bagaimanapun di peringkat kita, siasatan dalaman turut akan dijalankan bagi mengetahui situasi sebenar,” katanya.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dalam satu kenyataan kelmarin berkata, beliau difahamkan semua anggota terbabit termasuk 11 pelatih komando, tidak hilang selama 28 jam seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurutnya, beliau tidak mencampuri siasatan ATM yang sedang berjalan berhubung isu itu.
“Biarlah laporan hasil siasatan terhadap semua anggota terbabit diperoleh terlebih dahulu,” katanya.
No comments:
Post a Comment