Search This Blog

HOME

Friday, January 24, 2014

Gempa bumi 6.1 magnitud gegar tengah Pulau Jawa.


JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegar Pulau Jawa, Indonesia, hari ini tetapi pegawai tempatan memberitahu tiada risiko berlaku tsunami, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira jam 12:14 tengah hari (waktu tempatan), 39 kilometer tenggara bandar Adipala, wilayah Jawa Tengah pada kedalaman 83 kilometer.

"Tiada potensi berlaku tsunami dan kita tidak menerima sebarang laporan kerosakan atau kematian setakat ini," kata Ketua Juruteknik Agensi Kajian Cuaca, Suharjono. - AF

No comments:

Post a Comment