Search This Blog

HOME

Friday, January 10, 2014

TOLONG SHARE ATAU SEBARKAN - Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu - Kepada Mereka Yang Beragama Islam, Inikah Yang Anda Mahukan.

Contoh Kalimah Allah Didalam Bible Bahasa Melayu.
Di laman sosial, hari ini sudah mula tersebar petikan kandungan Bible berbahasa Melayu dengan beberapa bahagian kalimah Allah digunakan di dalamnya.

Dalam beberapa ayat Bible itu, disifatkan sebagai ‘Allah’ itu menurunkan anaknya yang jelas dalam Islam bahawa Allah SWT itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Dalam petikan ini, ia memetik bahagian Yohanes verse ke 16 dan 17 yang mengandungi penerangan berkenaan ‘Allah’ dan anaknya jelas digunakan dalam konteks agama Kristian.

Jika Bible ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah atau rendah beragama Islam tanpa didikan atau peringatan daripada guru agama atau keluarga, mereka akan mudah terpedaya sekaligus terpengaruh dengan ideologi Kristianiti.

Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah niat sebenar di sebalik keinginan mereka yang hendak sangat menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan dicetak pula dalam Bahasa Melayu.

Jika Bible menggunakan kalimah ‘Allah’ dan dicetak dalam Bahasa Inggeris, umat Islam Melayu tidak akan mengambil kisah kerana ketidakfahaman dan jelas ayatnya terpesong.

Lebih-lebih lagi apabila menceritakan kononnya  Allah ada anak yang dinamakan sebagai ‘Son’.

Tetapi, jika mereka cetak Bible dengan Bahasa Melayu dan disertakan dengan kalimah Allah, kedengarannya begitu dekat dengan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana Tuhan dalam agama Islam ialah Allah SWT yang satu.

Dengan majoriti penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu, jadi lebih mudah Kristian itu disebarkan kepada orang Melayu beragama Islam jika ia dicetak dalam Bahasa Melayu dan ada kalimah ‘Allah’ di dalamnya. 

Perlu diingat, penyebaran agama bukan bermula dari kandungan ajaran dan ritualnya, sebaliknya ia akan bermula daripada menanam kefahaman mengenai ideologinya kemudian baru agamanya.

Sumber 

NOTA : Admin memohon kerjasama dan jasabaik kepada mereka yang beragama Islam yang telah membaca artikal ini, tolong share atau sebarkan kepada keluarga, sahabat handai, jiran atau sesiapa jua tentang niat jahat mereka ini untuk mempersenda dan menggunakan Kalimah Allah  ini didalam bible mereka dengan tujuan untuk memurtadkan orang Islam. 

1 comment:

  1. Pendek akal kan admin...dh xde modal eh?kristian di malaysia menggunakan perkataan ALLAH sebelum MALAYSIA wujud lagi...siapakah kita untuk menghalang hak sesama insan...Adakah bergitu cetek fikiran umat islam untuk setakat membaca dan memahami bible dlm bahasa Melayu dan dengan terus akan "termurtad"? dimanakah kepercayaan anda? dalam iman atau pembacaan sahaja?

    ReplyDelete