Search This Blog

HOME

Thursday, January 16, 2014

Kokain Dalam Tas Tangan.

MOHD Shukri Ketua Jabatan Narkotik, Asisten Komisioner Nordin Kadir (kanan) dan Inspektor Amrin Mohd Arif (kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis kokain dan tas tangan yang dirampas dari lelaki Romania di KLIA Sepang di IPK Selangor. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Romania dan merampas dadah dipercayai kokain seberat 2.79 kilogram bernilai RM800,000 di ruang legar Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dadah itu dijumpai
dalam 12 bungkusan plastik yang diselit dalam beberapa tas tangan yang

diletakkan dalam bagasi dibawa lelaki berusia 47 tahun itu.

"Lelaki itu tiba dari Dubai dan sepatutnya meneruskan penerbangan ke Vietnam,"

katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, polis menahan seorang wanita warga Tanzania berusia 38 tahun
di sebuah hotel di Salak Tinggi pada Sabtu lalu, kerana disyaki terbabit dalam
aktiviti penyeludupan dadah.

Imbasan sinar-x terhadap wanita itu di Hospital Serdang mendapati terdapat benda asing di dalam perutnya.

"Apabila dikeluarkan, ia adalah lima kapsul berisi dadah disyaki syabu seberat 109 gram," katanya.

Mohd Shukri berkata, kedua-dua suspek direman dua minggu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber 

No comments:

Post a Comment