Search This Blog

HOME

Thursday, July 3, 2014

Pengguna FB Dimaki Secara Berjemaah Kerana Bunuh Kucing


Jangan tak tahu, di Malaysia ni ada ramai pencinta haiwan terutama kucing yang tak akan biarkan sebarang kekejaman terlepas begitu sahaja.

Maka kesilapan terbesar seorang pengguna Facebook adalah berkongsi status tentang kekejamannya membunuh seekor kucing demi bumper kereta.

Cari nahas
Status yang di-up oleh pengguna Facebook menggunakan nama Riey Khazhiema itu berbunyi:

“Malam tadi langgar kucing, patah balik tengok sebab kesian. Tengok hidup lagi. Macam patah pinggang kucing tu. Jap lagi, tengok bumper kereta pecah. PERH! Berasap kepala!

Start engine kereta dengan hati yang panas, langgar balik bagi mampos!! Kejam tak? Tetapi sebab kucing tu yang lintas melulu la bumper aku pecah. Sial la, tak pasal² tukar bumper baru. Nasib baik ada stok bumper. Kalau tak, mau pakai bumper rompong aku dalam minggu ni. Herrmm.

2 minggu lagi masok cat plak. Janji sebelum raya siap!. Kopak pun kopak la. Janji sayang aku menawan semula. Kembali segak macam ownernya.”

Sesiapa pun dapat bayangkan betapa kejamnya perbuatan tersebut dan berasa marah apatah lagi pencinta kucing kan?

Ekoran itu status di atas telah disebarkan ke merata laman sosial hingga berduyun-duyun orang datang memaki pemuda ini di Facebook.

Tak cukup itu, maklumat peribadinya turut didedahkan khas buat mereka yang nak pergi belasah dia.


Macam 'TAIKO' besar siap bagi maklumat peribadi kepada sesiapa yang nak pergi belasah dia........... jangan jadi 'TEKO' sudah dik, hanya digunakan untuk penuhkan air untuk orang minum, buat apa!!!
Keadaan ini membuatkan Riey Khazhiema memuatnaik status baharu pagi tadi yang dibiarkan ‘public’ untuk membuat penafian bahawa dia telah membunuh kucing sebaliknya mendakwa statusnya itu diedit pihak yang tidak dikenali.

Status berkaitan ‘langgar kucing’ pula telah dipadam.

Budak ni memang cari nahas........ kalau ada orang report polis tak pasal-pasal kena jawab
Dia juga memberitahu telah membuat laporan polis berkenaan hal ini.

Malangnya, penafian tersebut disanggah banyak pihak yang terus menyerang Facebook Riey Khazhiema.

Antara yang memberi komen pedas kepada Riey Khazhiema
Sumber - mynewshub 

Tiong Lai Pamer Kejahilan Sebagai Menteri Pengangkutan


Belum pun cukup sebulan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memikul tugas berkenaan, sudah ada tindakannya yang dikritik blogger dan aktivis media sosial di internet.

Semalam, terjadinya satu runtuhan sebuah terowong bawah tanah yang sedang dibina di simpang empat berhampiran Berjaya Times Square berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi.

Petang semalam melalui akaun twitternya @liowtionglai, beliau memaklumkan sudah memberi arahan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk turun padang melihat masalah berkenaan.

Re: tunnnel collapse. I have instructed SPAD to get on the ground. We must develop a culture of zero tolerance for accidents.
— Liow Tiong Lai (@liowtionglai) July 2, 2014
“Kita mesti bergerak ke arah satu budaya toleransi sifar ke atas sebarang kemalangan,” katanya dalam tweet berkenaan.

Hari ini, tweet itu dikecam teruk oleh blogger dan juga wartawan kerana dilihat seperti tidak mengetahui bidang tugasnya sebagai Menteri Pengangkutan.

Di sebuah blog, khairulreyzal.blogspot.com, penulisnya menyifatkan reaksi segera Liow sebagai tanda menteri baru itu sudah mula menunjukkan taring tetapi sayang bukanlah taring singa garang, tetapi taring anak kucing yang baru sudah menyusu.

SPAD sebenarya tidak terletak di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan sebaliknya di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Blog tersebut mengkritik Liow dengan memintanya supaya mentelaah bidang tugas kementeriannya sendiri, dan juga tugas sebagai Menteri Pengangkutan.

Selain itu, Liow dilihat seperti tidak menyedari bahawa projek terowong berkenaan merupakan projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dengan menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam satu kenyataan media, DBKL sudah pun mengambil tindakan segera untuk memulihkan kawasan tersebut dan ia akan ditutup selama dua minggu.


Para aktivis sosial beranggapan bekas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah pun meletakkan tanda aras tinggi di kementerian Liow ketika mentadbirnya ketika insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum ini.

Jangan kerana, kurangnya arif Liow berkenaan bidang tugasnya, malu besar akan terpalit ke Kementerian Pengangkutan yang sebelum dikagumi ketika menguruskan insiden MH370.


Sumber - MYNEWSHUB.MY

Anak Peniaga Sedih Ibu Difitnah Jual Kuih ‘Mencarut’

Besar pahala yang makcik ni dapat akibat penghinaan terhadapnya

Kami pasti, ada antara anda telah menerima Whatsapp gambar di atas.

Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah dibuang huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.

Apabila dah tersebar di merata tempat terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcik ini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.


Dia juga menyatakan perasaan terkilannya dengan tindakan ini apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya.


Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?

Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar di atas sekalipun atas niat mahu bergurau.

Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar kalau mahu.


Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini.


Sumber - mynewshub

Negara China Menghina Umat Islam Diseluruh Dunia - Larang Umat Islam Di Wilayah Xinjiang Berpuasa

NEGARA INI MENGHINA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA

Kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. 

Larangan itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar.

Jabatan Kaji Cuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu sebagai “arahan pihak atasan” dan ia meminta “semua kakitangan dan bekas kakitangan untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadan”. 

Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah. 

Biro hal ehwal perdagangan di Turfan melalui laman webnya meminta kakitangannya tidak berpuasa atau terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan. 

Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” 

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan. 

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan. 

“Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa. 

Menurut Raxit, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa manakala pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. 

Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. 

Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Bancian terbaru yang dibuat pada 2010 bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang terkini biarpun jumlah etnik lain dicatatkan dalam bancian empat tahun lalu itu. 

China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi ke atas golongan minoriti itu. 


Sumber - MYNEWSHUB.MY

Lagi Anggota Polis Dihina - Polis Trafik Dimaki P*****K, Kerana Enggan Terima Rasuah

Perkataan lucah P*****K diruangan tandatangan

Apa lagi pemandu yang melakukan kesalahan mahu sebenarnya?, dilepaskan, polis trafik menerima duit rasuah atau polis trafik menjalankan tugas penuh integriti? 

Dek kerana seorang anggota polis trafik enggan menerima rasuah, seorang pemandu yang disaman bertindak menulis perkataan lucah p*****k di bahagian ruang tanda tangan surat saman berkenaan. 

Memetik entri blog theflyingkick.blogspot.com, seorang pemandu dengan nama Lim Pei Jye dengan kereta jenis Chevrolet telah didapati melakukan kesalahan di Batu Feringghi, Pulau Pinang hari Rabu, 2/7/2014 9.50 pagi. 

Bukti yang boleh digunakan di Mahkamah
Anggota polis berkenaan yang bertugas untuk meronda telah menahan kereta berkenaan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat menyala merah di hadapan Hotel Holiday Inn. 

Kereta Chevrolet itu telah ditahan di hadapan cafe I Love U dan anggota berkenaan meminta kad pengenalan serta lesen memandu pemandu terbabit. 

Pemandu tersebut kemudian memberikan alasan bahawa dia telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan akan memberi duit kopi. 

“Ambil duit kopi sudah lah,” katanya. 

Biarpun cuba disogok, anggota tersebut enggan menerima rasuah dan terus menulis buku saman. 

Ketika buku saman ditulis, pemandu itu terus membebel dan memaki anggota polis trafik berkenaan. 

“Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting,” katanya. 

Apabila selesa, anggota trafik meminta tandatangan pemandu berkenaan di atas surat saman dan pemandu beredar dalam keadaan marah. 

Pemandu tidak bertanggungjawab dan berotak itu sebaliknya menulis perkataan lucah tersebut di ruang tandatangan menyebabkan anggota trafik berkenaan membuat laporan polis berkenaan kejadian itu. 

Seperti soalan penulis di awal artikel tadi, bagaimana sebenarnya pemandu mahu pihak polis bertugas, adakah dengan penuh integriti, sentiasa memberi peluang dengan melepaskan pesalah trafik atau menerima wang rasuah?.

Kereta Perisai ATM Terbalik, Dua Anggota Tentera Maut

Kereta Perisai ATM

IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini.

Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis.

Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap.

Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah.

"Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


Sumber - mStar Online

Suspek Militan - Muhammad Joraimee Sekeluarga Tidak Bergaul Dengan Jiran

Mereka diburu Polis

KUALA LUMPUR: Seorang daripada lima individu yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan militan, Muhammad Joraimee Awang Raime disifatkan sebagai dingin dan tidak bergaul dengan jiran tetangga.

Beberapa jiran Muhammad Joraimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur, yang tinggal di rumah ibunya bersama anak dan isteri di Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini dilihat sering pulang lewat malam.

Zalikha M. Hassan, 44, berkata Muhammad Joraimee dan kesemua anggota keluarganya juga tidak pernah keluar untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling.

"Dia satu keluarga memang tidak bergaul sangat...Kalau mereka ada di rumah pun cuma duduk di dalam rumah dan tidak keluar dan kalau keluar untuk kerja dan pergi sembahyang.

"Tingkap rumahnya memang sentiasa bertutup macam tidak ada orang di rumah dan pintu rumah hanya dibuka untuk orang tertentu sahaja," katanya ketika ditemui dekat sini, Khamis.

Zalikha berkata sikap dingin Muhammad Joraimee itu pernah membawa kepada satu kejadian pertengkaran kecil ketika jirannya mengadakan kenduri.

"Tempat letak kereta yang terhad menyebabkan orang ramai yang datang tepaksa meletak kenderaan di hadapan rumahnya... Tetapi ia tidak disenangi Joraimee dan keluarga sehingga Joraimee bertindak mengarahkan kenderaan itu dialihkan" katanya.

Katanya Muhammad Joraimee sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pulang ke rumah.

Ali Arsyad, 49, yang berjiran dengan Muhammad Joraimee sejak 30 tahun berkata walaupun mereka kenal sejak kecil namun dia agak pendiam.

"Selepas SPM dia pernah bekerja sekejap dengan saya sebelum dia ke Mesir menyambung pengajiannya...waktu kerja dia bekerja seperti biasa tetapi selepas waktu kerja memang tidak pernah lepak bersama sampailah sekarang," katanya.

Tinjauan Bernama di rumah Muhammad Joraimee, kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), mendapati rumah itu kosong dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di hadapan rumahnya berhabuk.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan MPS yang hanya dikenali sebagai Zulkifli, 46, berkata dia mengenali suspek sebagai seorang yang kuat agama namun jarang bertegur.

"Kadang-kadang dia lalu ada juga tegur dan melalui keterampilan dan cara dia bercakap memang kuat juga agamanya.

"Tapi dia tidak pernah cerita atau berkongsi sebarang aktivitinya di luar apatah lagi mengajak sebarang aktiviti bersama...Sejak tiga ke empat bulan lepas memang saya tidak nampak dia memasuki perkarangan MPS ini," katanya.

Sementara itu, usaha untuk menemui ibu seorang lagi suspek, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, 36, gagal selepas hampir sejam menunggu di hadapan rumahnya di Taman Selayang Baru, Batu Caves.

Sepanjang tempoh sejam berada di pekarangan rumah suspek, kelihatan dua lelaki difahamkan adik-beradik suspek memasuki rumah berkenaan namun enggan ditemui.

Pada 12.45 tengah hari, dipercayai sepasukan anggota polis keluar dari rumah suspek selepas menjalankan siasatan.

Di TAWAU, usaha untuk bertemu anggota keluarga seorang lagi suspek, Mohd Amin Baco, 31, gagal apabila rata-rata penduduk di Kampung Titingan mendakwa tidak mengenali ataupun pernah mendengar nama suspek.

Ketua Kampung Titingan, Ismail Amoo, 65, berkata beliau tidak mengenali Mohd Amin dan tidak pernah mengetahui bahawa suspek menetap di kampung itu.

"Saya tidak tahu suspek tinggal di sini dan saya juga tidak pernah mendengar ada nama seperti itu di sini...tetapi saya tidak pasti sekiranya dia (suspek) menggunakan nama lain kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan nama samaran," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.


Usaha untuk menjejaki anggota keluarga seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Jeknal Adil, 30, juga gagal kerana alamat terakhir suspek di Kampung Kurnia Jaya Batu Empat Jalan Apas, Tawau kini, sudah tidak dihuni penduduk.

Kebanyakan penduduk di situ telah berpindah ke tempat lain setelah terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan lebih 80 rumah setinggan di kampung itu pada 17 Disember tahun lepas.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan senarai nama lima individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan di negara ini.

Mereka ialah Mahmud atau Abu Hanzalah, Muhammad Joraimee atau Abu Nur, pemilik kedai photostat dan alat tulis UM Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara, Mohd Amin dan Jeknal Adil atau Jek.


Sumber - mStar Online