Search This Blog

HOME

Sunday, July 6, 2014

Jangan Terpedaya Papan Tanda Gergasi Promosi Skim Cepat Kaya

Papan tanda gergasi di Jambatan Pulau Pinang yang mendakwa Zhang Jian bakal menjadi orang paling kaya di dunia.

PETALING JAYA: Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia?

Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.

Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia.

Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara.

Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan.

Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini.

Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid.

Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia.

Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini.

Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.

Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian.

"Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli. Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini.

Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Selangor Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu.


Sumber - mStar Online 

Anak Kelahiran Malaysia Bakal Buka Restoran Di Pejabat Twitter (Video)

Azalina......... kerja kerasnya berbaloi

PETALING JAYA: Seorang penjual jalanan, kelahiran Malaysia yang pernah hidup dalam serba kemiskinan kini bersedia untuk membuka restoran dengan keluasan 15,000 kaki persegi di ibu pejabat Twitter di Bay Area, San Francisco.

Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan 'mamak', Azalina Eusope pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang, menjual pencuci mulut, sehinggalah beliau bertemu dengan suaminya dari Amerika dan berpindah ke San Francisco, tempat di mana beliau kini berjaya dalam perniagaannya.

"Membesar sebagai seorang 'gadis mamak' bukan fantasi bagi sesiapa. 'Mamak' biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu," katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.

"Oleh kerana sistem kasta, golongan 'mamak' hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion," katanya.

Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.

Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.

Selepas mendapat berita buruk itu, beliau mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya beliau belajar memasak dengan lebih baik.

"Cukup aneh, apabila dia mencadangkan 'Mengapa tidak awak pergi ke sekolah masakan," Azalina mengimbas pengalamannya.

Apabila Azalina berkahwin dengan suaminya dan mengikutnya kembali ke Amerika Syarikat, beliau bergelut untuk mengatasi satu kejutan budaya yang amat besar sebaik sahaja tiba di sana.

"Saya membesar di sebuah kampung, kami berjalan apabila mahu ke mana-mana, kami tidak mempunyai televisyen, dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk peti sejuk.

"Kali pertama saya menyentuh komputer ketika saya baru melahirkan anak lelaki saya iaitu pada tahun 2002," kata Azalina dalam temu bual dengan Mashable.

Azalina berkata untuk mengatasi kerinduan dan kejutan budaya itu, dia akan memasak makanan yang beliau makan sewaktu membesar.

Azalina dan suaminya
Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.

"Saya meminjam USD500 dan mula menjual makanan di pasar tani. Saya akan mengejutkan anak-anak saya pada pukul 3 pagi dan kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya," kata Azalina.


Tetapi dalam tempoh enam minggu pertama, tiada siapa yang datang makan makanan yang dijualnya.

Perniagaan beliau kemudian mula mendapat perhatian apabila penulis terkemuka makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai salah sebuah daripada 10 kedai makan jalanan terbaik di San Francisco dalam majalah 'Bon Appetit' pada tahun 2010.

Azalina kemudiannya bertukar ke bidang katering, majlis dan acara, dan bertemu dengan seorang pembeli yang menawarkannya untuk menjual sendiri aneka sosnya di Whole Foods Market, sebuah rangkaian pasar raya di Amerika.

"Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya," kata Azalina.

"Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya.

"Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa anda. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun," katanya.

Di sebalik kejayaan beliau, Azalina berkata kerjanya tidak mudah yang menuntut beliau bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua hingga tiga jam.

Beliau berkata dua orang anaknya yang memberikannya kekuatan untuk beliau terus menjalankan urusan perniagaan.

Tonton video temuramah Azalina

Sumber - mStar Online

Thursday, July 3, 2014

Apa cerita mamat ni............... mungkin cuaca panas sangat kot!!! (Video)


Tengok ajelah video kat bawah ni...........


Ustaz Kazim Beri Teguran Artis Bertudung

Teguran membina Ustaz Kazim Elias kepada artis-artis yang berhijrah

KUALA LUMPUR – Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat.

“Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

“Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Ustaz Kazim ditemui pada sidang media program Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu.

Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri.

Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah.

“Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

“Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu,” katanya.

Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut.

Sebaliknya dia meminta masyarakat seharusnya sama-sama membantu memperbetulkan kesalahan yang dibuat segelintir golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim tidak menafikan ramai golongan artis sama ada secara peribadi atau berkumpulan datang kepadanya untuk bertanyakan soal agama yang menjadi kemusykilan mereka.

“Alhamdulillah saya sudah empat atau lima tahun banyak terlibat dengan golongan artis dalam program dan dari situ saya cuba dekati mereka dan berkongsi ilmu,” jelasnya.

Dalam pada itu mengenai program Kembara U.K.E. ia bakal merakamkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand.

Jelasnya lagi, kembara di atas kapal sentiasa menjadi impiannya dan dia bersyukur ia bakal terlaksana dengan kehadiran peminat.

“Insya-Allah kembara itu nanti melibatkan aktiviti seperti kuliyah selepas waktu Subuh dan Maghrib serta beberapa tazkirah lain seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam.

“Malah setiap perjalanan pelayaran ini termasuklah aktiviti perjumpaan bersama masyarakat Islam di Langkawi dan Thailand,” ujarnya.

Kata Ustaz Kazim lagi, setakat ini sambutan terhadap kembara itu amat memberangsangkan di mana hampir 600 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertainya.

“Alhamdulillah biarpun belum menghebahkan secara rasmi namun sambutannya diluar jangkaan dan tempat kosong masih berbaki 100 orang sahaja,” katanya.

Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Malah pihak Astro Oasis akan menerbitkan program khas kembara itu yang akan disiarkan bermula 3 Oktober depan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.

Sebarang pertanyaan mengenai Kembara U.K.E boleh menghubungi 03-61850010 atau email kepada intratama@gmail.com.


Sumber - mStar Online

Isu Status Maki : “Saya Tersentak, Jantung Seperti Terhenti”..... Amy Search

 “Saya Tersentak, Jantung Seperti Terhenti”..... Amy Search

Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.

Lepas satu, satu… daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.

Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.
Kemarahan seorang ayah


Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.

“Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain”, akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi.

“Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

“Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu”, ujarnya lagi dengan nada tenang.

Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.
Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu.

Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil.

“Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

“Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia”, tutur Amy.

Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.

“Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti”, katanya.

Isteri Terkejut

Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian.

“Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang, Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah.

” Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

“Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila.

“Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

“Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial”, katanya sambil menahan sebak.


Sumber - Malaysian Digest

Lelaki Tayang Alat Sulit Untuk Bayar Duit Kopi


Seorang lelaki berusia 38 tahun dari Melaka didakwa telah menunjukkan kemaluannya kepada pemilik gerai di Kampung Air Pasir selepas dilaporkan tidak mempunyai wang untuk membayar air kopi yang diminumnya di kedai tersebut, baru-baru ini.

Menurut The Star, ketika kejadian tiada pelanggan lain dalam gerai tersebut melainkan mangsa dan suspek berdua sahaja.

Wanita berusia 47 tahun yang merupakan pemilik gerai tersebut terkejut apabila pelanggan lelakinya itu tiba-tiba sahaja menurunkan zip seluar dan ‘meletakkan’ alat sulitnya di atas meja selepas memesan secawan kopi.

Panik dengan insiden itu, wanita itu kemudiannya terus berlari ke rumahnya yang terletak bersebelahan gerainya untuk mendapatkan bantuan daripada anak lelakinya yang berusia 25 tahun.

Kembali ke gerai, mereka melihat suspek duduk di meja dan menutup kemaluannya dengan menggunakan tshirt miliknya.

Selepas itu berlaku sedikit pertelingkahan yang kemudiannya pelanggan tersebut mengakui dia menunjukkan kemaluannya kerana tidak mempunyai wang untuk membayar minuman yang diandaikan boleh ditukarkan dengan tindakan gilanya itu.

Anak lelaki pemilik gerai itu kemudiannya membuat panggilan polis di Balai Polis Machap Baru berhubung kejadian tersebut.


Sumber - MYNEWSHUB.MY

Pasukan Bola Sepak Algeria Dermakan Wang Bonus Untuk Gaza

Skuad bolasepak Algeria di Piala Dunia 2014 di Brazil

Walaupun tewas kepada pasukan Jerman pada pusingan kalah mati, namun kesedihan itu tidak menghalang pasukan bola sepak Algeria daripada mendermakan imbuhan atau bonus mereka sepanjang kemunculan di Piala Dunia 2014 kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan portal Diehardsport.com, pasukan ini yang rata-ratanya beragama Islam telah mengambil keputusan untuk mendermakan wang bonus mereka atas dasar keprihatinan terhadap penduduk Palestin.

Jumlah wang yang didermakan pasukan itu dipercayai sebanyak USD9 juta (RM29 juta) menurut salah seorang pemainnya, Islam Slimani.

Sementara itu, prestasi cemerlang Algeria pada edisi Piala Dunia pada kali ini sangat menggembirakan peminat mereka yang tidak menyangkakan pasukan negara mereka mampu melangkah sehingga ke pusingan kalah mati dan turut memaksa pasukan Jerman untuk bermain di minit-minit tambahan demi menempah slot ke pusingan suku akhir.


Sumber - MYNEWSHUB.MY