Search This Blog

HOME

Tuesday, November 11, 2014

Baru Aku Tahu - Rumah calon pilihan raya Gujarat perlu ada tandas jika mahu bertanding dalam pilihan raya


Semua calon pilihan raya di negeri Gujarat, India, perlu memiliki tandas di rumah sendiri bagi membolehkan mereka bertanding dalam pilihan raya akan datang. – AGENSI

GUJARAT 11 Nov. – Semua calon pilihan raya di negeri Gujarat, perlu memiliki tandas di rumah sendiri bagi membolehkan mereka bertanding, demikian menurut rang undang-undang baharu yang diluluskan Dewan negeri Gujarat semalam.

Undang-undang tersebut juga menetapkan, semua wakil rakyat negeri ini perlu mengisytiharkan rumah mereka mempunyai tandas dalam tempoh enam bulan atau boleh hilang kelayakan.

Undang-undang itu diperkenalkan untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil/besar secara terbuka.

“Masalah pembuangan air kecil secara terbuka perlu diatasi bagi mewujudkan keadaan yang bersih dan mengelak daripada pencemaran air,” jelas kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Gujarat adalah negeri asal Perdana Menteri baharu, Narendra Modi, yang berpendapat setiap rumah di negeri ini perlu memiliki tandas dalam tempoh empat tahun bagi mencegah penyebaran penyakit disebabkan pembuangan air kecil/besar secara terbuka.

Kerajaan negeri dalam pada itu akan memberikan insentif kewangan kepada penduduk tempatan untuk membina tandas di rumah masing-masing.

Baru-baru ini, satu laporan oleh Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menganggarkan, kira-kira 594 juta atau hampir 50 peratus penduduk di negara ini membuang air kecil/besar di tempat terbuka.


Situasi tersebut memaksa mereka meninggalkan rumah pada waktu malam dan menyebabkan kira-kira 300 juta wanita dan kanak-kanak perempuan terdedah dengan gangguan dan serangan seksual. – AFP

Dah Biol Agaknya - Pelakon Filem 'Hunger Games' Josh Hutcherson Teringin Makan Daging Manusia


Pasti ramai yang terkejut apabila bintang filem Hunger Games iaitu Josh Hutcherson mendedahkan keinginannya untuk cuba memakan daging manusia.

Menerusi tembual dalam program British GQ, Josh merasakan dirinya mempunyai sifat-sifat kanibal (manusia yang memakan daging manusia) tetapi tidaklah sehingga terpaksa membunuh orang.

"Saya hanya tertarik untuk makan daging manusia tetapi bukan dengan cara membunuh.

"Mungkin saya boleh makan daging manusia yang sudah pun meninggal dunia dan rasanya ia lebih semula jadi," katanya.

Tambah Josh, perkara itu bukanlah satu perkara yang aneh untuk membuatkan orang ramai terkejut atau berasa ngeri.

Sumber - mStar Online

Anak David Beckham, Brooklyn Wakili Arsenal

BROOKLYN Beckham
BROOKLYN Beckham iaitu anak sulung kepada bintang bola sepak dunia, David Beckham dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka pendek bersama Arsenal.

Brooklyn, 15, yang sedang menjalani latihan di akademi Arsenal akan mewakili skuad bawah 16 tahun kelab tersebut.

Anak kepada bekas ketua pasukan England itu dilaporkan turut mendapat perhatian daripada Chelsea dan Manchester United.

Brooklyn (right) plays with brothers Cruz (left) and Romeo during his father David's time with Ligue 1 club Paris Saint-Germain

Brooklyn bersama dua adiknya.
Dia juga pernah menjalani ujian pemilihan pemain yang diadakan oleh Chelsea, United, Queens Park Rangers dan Fulham.

Brooklyn yang bermain di posisi sayap kanan akan ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional jika berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan dalam tempoh perjanjian tersebut.


Brooklyn is the eldest son of former England captain David Beckham, who played for La Galaxy for five years from 2007

Pemain muda hanya dibenarkan menurunkan tandatangan sebagai pemain profesional ketika berusia 17 tahun.

Bapanya, David sebelum ini telah menempah nama di Manchester United di bawah kendalian Alex Ferguson, namun mereka mempunyai hubungan lebih akrab dengan Arsenal.


David mempunyai hubungan baik dengan Arsenal apabila dia diberikan peluang untuk berlatih dengan Arsenal pada Januari tahun lalu untuk kekal cergas selepas meninggalkan LA Galaxy.

Dia kemudian mewakili Paris Saint-Germain sebelum bersara sebagai pemain pada usia 39 tahun.

Brooklyn (left) has been training with Arsenal and playing in their Academy sides with brothers Cruz (second from right) and Romeo

Selain Brooklyn, dua lagi anak David iaitu Cruz, 9, kini beraksi untuk pasukan bawah 10 tahun manakala abangnya, Romeo, 12, mewakili skuad bawah 13 tahun Arsenal.


Sumber - mStar Online

25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat.
Umum maklum yang kini kos menunaikan haji telah semakin meningkat seiring dengan pembaharuan yang dilakukan disana.

Kini, di sekitar Mekah sudah terdapat hotel-hotel mewah, restoran-restoran fastfood terkenal dan juga shopping mall. Sejauh mana menunaikan haji dapat melahirkan rasa keinsafan dalam keadaan sedemikian, itu terpulang kepada masing-masing. Kalau betul niatnya, insyaAllah dipermudahkan.

Pernahkah anda terfikir bagaimana haji ditunaikan 61 tahun yang dulu? Hayati gambar-gambar dibawah yang diambil daripada Majalah National Geographic. Maaf, tiada satu pun gambar selfie.

Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya.
Bagi mereka yang mampu, mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang daripada negara berhampiran.
Sama seperti hari ini, bas merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para jemaah. Namun baru-baru ini, perkhidmatan seperti LRT telah dilancarkan untuk memudahkan para jemaah haji.
Hanya muslim dibenarkan untuk memasuki kawasan ini untuk menunaikan haji.
Inilah gambar sekitar masjid mekah. Pemandangan sekarang jauh berbeza sama sekali.
Jalan Mekah yang sibuk. Kelihatan menara dari seni bina Khilafah Ustmaniyyah.
Ini adalah salah satu jalan masuk Masjidil Haram.
Para jemaah diluar perkarangan Masjidil Haram.
Rupa kaabah pada masa itu. Begitu ringkas binaan-binaan disekitarnya.
Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat.
Jemaah dibenarkan untuk memasuki kaabah pada masa itu. Mungkin kerana bilangan yang tidak ramai.
Menunaikan tawaf nampak lebih mudah 61 tahun yang lalu.
Peniaga-peniaga disekitar Mekah.
Pasar dan gerai-gerai disekitar Mekah
Jemaah yang berehat sedang menikmati shisha.
Kuda masih digunakan sebagai alat pengangkutan.
Jemaah sedang memilih kambing untuk ibadah korban.
Jemaah akan menyimpan sendiri haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
Keldai digunakan untuk mengangkut haiwan yang telah dikorbankan.
Di Mina, makanan dimasak menggunakan periuk dan unggun api.
Jemaah sedang menunaikan solat.
Khemah-khemah yang didirikan disekitar gunung Arafah.
Jamarat yang simboliknya melontar batu kearah syaitan tidaklah sebesar sekarang.
Seorang jemaah sedang bercukur.
Menikmati minuman sejuk dibawah panas terik matahari.

Bangsa Melayu dari keturunan Bani Jawi.

Adakah orang tua ini dari keturunan Bani Jawi?.......... Al-Fatehah untuk Almarhum Ayahanda ku Muhammad bin Siraj yang sentiasa mengingatkan aku siapa asal usul aku di dunia ini.........

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi @ ‘kaum yang hilang’.


Claudius Ptolemaeus ahli matematik, geografi, astronomi dan kaji bintang
BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim A.S telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yang percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?.

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

BANI JAWI

B - Bijaksana
A - Amanah
N - Naif
I  -  Ikhlas
J - Jujur
A - Alim
W - Warak
I  - Idealistik

Wednesday, November 5, 2014

Kisah Malang Seorang Remaja Perempuan, Dibuang Ibu Kandung Sendiri Ke Siberia.

Sofia Petrova didenda buang negeri


Dirotan, dibebel, didenda tidak boleh keluar rumah,wang saku di tarik adalah denda yang biasa dilakukan oleh ibu bapa ke atas anaknya yang degil dan nakal.

Namun tidak buat seorang ibu, Natalia Roberts yang bertindak luar biasa apabila mendenda anak perempuannya, Sofia Petrova dengan menghantar gadis itu ke Siberia.

Sofia kini sudah tiga tahun di sana dan masih gagal pulang ke Amerika Syarikat walaupun telah memohon maaf berkali-kali terhadap ibunya.

Sofia diperdaya ibu dan bapa tirinya untuk ke Siberia, konon untuk berjumpa bapa kandungnya yang tidak pernah dikenali selama ini sahaja.

Namun, ketika menjejak kaki di Bandar Novosibirsk, barulah Sofia tersedar dia ditipu kerana ibunya memberikan tiket penerbangan sehala sahaja.

Ibu Sofia berkata, ia merupakan hukuman atas sikap teruknya suka ponteng sekolah, lari dari rumah dan mencuri wang. Maka dia akan tinggal bersama bapanya sehinggalah dia mengubah sikap buruk.

Tambah malang, Sofia tidak mempunyai sesiapa pun untuk membantunya. Walaupun dilahirkan di Siberia dan memiliki passport Rusia, Sofia sudah biasa dibesarkan di Amerika.

Ibarat jatuh di timpa tangga, rupa-rupanya bapa kandung Sofia pula seorang pemabuk yang selalu mendera dan memukulnya. Dia yang tidak memiliki wang, dipaksa berkerja di motel berdekatan bagi menampung perbelanjaan.

“Saya hendak pulang ke rumah. Saya mahu tinggal bersama Mak. Saya mohon sekali lagi, tolong benarkan saya kembali. Hanya awak sahaja yang saya ada di dunia ini. Saya perlukan awak,” rayu Sofia dalam sepucuk surat yang dihantar kepada ibunya.

Namun demikian, Natalia masih belum memaafkan anaknya, lantas tidak mengendahkan rayuan Sofia.

Sofia yang terlalu tertekan, pernah lari ke rumah perlindungan bagi mendapatkan bantuan selain cuba membunuh diri.

Rakan-rakan Sofia di Amerika cuba menghulurkan bantuan dengan mengaturkan kempen dan protes, tetapi tetap gagal untuk membantunya pulang.

Media tempatan yang dapat menghidup kisah ini, kemudian mula mendedahkannya dan sebuah akaun Facebook dibuka buat Sofia memuat naik keadaan semasanya.

Tuah sedikit memihak pada Sofia apabila dengan bantuan rakan-rakan, dia berjaya mengesan bekas teman lelaki ibunya, Farid Soulimani yang telah membesarkannya seperti anak sendiri ketika kecil.

Namun, ketika berumur 13 tahun, dia terputus hubungan dengan lelaki tersebut selepas Soulimani berpisah dengan ibunya.

Apabila Soulimani mendapat tahu nasib malang Sofia, dia yang tinggal di Amerika terus mengaturkan perjalanan buat Sofia bertemu keluarganya di Morocco. Dia turut pulang bertemu Sofia selepas itu.

“Ini bukan keluarga yang baru, saya mengenali nenek (ibu Soulimani) ketika masih kecil,” ujar Sofia.
Kini, setelah berumur 18 tahun, Sofia berpindah ke Casablanca dan menggunakan nama Farid di belakang namanya.

Dia juga mengambil kelas bahasa Perancis untuk menyesuaikan diri dengan komuniti, serta dalam proses melengkapkan dokumen rasmi untuk menetap terus di Morocco.

Sofia mendedahkan, dia bercadang untuk menulis sebuah buku yang menceritakan pengalamannya selama tiga tahun bergelumang kepayahan, dan mendedahkan rahsia yang tidak diketahui umum.

“Ia akan menceritakan secara terperinci tentang hubungan saya dengan ibu, bapa kandung dan lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. Masyarakat mungkin tahu kisah saya, namun sebahagian kecil sahaja.”

Perancangan menulis buku ini ternyata menaikkan kemarahan ibu Sofia di Amerika.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya dan memaafkan awak walaupun telah membawa keperitan dalam hidup saya sekeluarga,” kata Natalia kepada anaknya itu.

Sofia yang nekad tidak akan memohon maaf berkata, “Saya juga tidak meminta awak memaafkan diri sendiri. Kesalahan yang pernah saya lakukan tidak sama dengan penderitaan yang terpaksa saya tanggung selama tiga tahun.”

Namun demikian, Sofia mengaku masih berharap dapat pulang ke Amerika Syarikat suatu hari nanti untuk berjumpa kembali adik perempuannya.

Sumber - ejeninfo.blogspot

PELIK!! Undang-Undang Pelik Sebuah Tempat Di Norway, Larangan Meninggal Dunia.



Sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Arctic di Svalbard bernama Longyearbyen, Norway, mempunyai satu undang-undang yang akan dianggap aneh.

Di tempat tersebut, ada undang-undang yang melarang siapa saja meninggal dunia didalam kawasan itu. Bagi yang 'melanggar' dikategorikan melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?


Menurut Wikipedia dan BBC ( 2008 ), tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafrost. Dalam ilmu geologi , permafrost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan. Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.


Tanah-tanah jenis permafrost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata-rata -2 darjah Celsius. Tanah permafrost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia, Kanada, Alaska dan Greenland.

Kembali ke masalah undang-undang tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen itu, kerajaan yang berkepentingan di kawasan tersebut mempunyai alasan kenapa sesiapa saja dilarang mati dan dikebumikan di sana .

Perkara tersebut kerana mayat yang dikuburkan di Longyearbyen tidak boleh hancur atau reput seperti mayat-mayat yang dikuburkan di kawasan lain pada umumnya .

Sebagai penyelesaiannya, bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit, kemalangan atau lain, mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke Pulau Utama Norway. Bagi sesiapa yang dalam keadaan tenat bolehlah pergi kawasan lain selain daripada Longyearbyen.

Sumber - ejeninfo.blogspot