Search This Blog

HOME

Saturday, September 21, 2013

Pelik Tapi Benar - Wanita New Zealand Lelong Hantu Dalam Botol RM6,585. (Gambar & video)

Pemilik hantu dalam botol.......

Dua hantu yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil akhirnya dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury di New Zealand pada harga NZ$2,830 (RM6,585).

Avie Woodbury bersama hantu yang dimilikinya

Hantu dalam botol....... bukan anu dalam botol
Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci.

Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok.

Penjualan itu telah disahkan oleh laman web lelongan Trademe semalam.

Laman tersebut menolak tawaran oleh seorang pembida palsu yang menyebabkan harga lelongan mencecah sehingga AS$5,000 (RM16,710).

Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.

Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu dengan memasak air panas, menyentuh belakang leher, bersuara dari bilik lain dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain.

"Anjing di rumah menjadi 'gila' dan tidak mahu pergi ke bilik-bilik tertentu manakala anak perempuan saudara saya terpaksa duduk bersama saya selepas dia berkata pernah bercakap dengan seorang kanak-kanak perempuan." katanya. Sila lihat video dibawah..........


Wednesday, September 11, 2013

Pelik Polis Kat Negara China, Gadis Dibunuh Depan Mata Tapi Langsung Tak Buat Apa-apa. (Video)


Mungkin anggota polis ni takut mati agaknya, kejadian pembunuhan berlaku depan mata, mereka berdua cuma terjerit-jerit tetapi langsung tidak bertindak menahan pembunuhan tersebut.

Lihat video dibawah...........


Kejadian tersebut mengakibatkan orangramai dan keluarga gadis tersebut teramat marah dan menggelarkan kedua-dua anggota polis tersebut sebagai pengecut dan takut dicederakan oleh penjenayah tersebut.

Nak Dapat Diploma Kena Cium Che Gu Dulu.?


Huangsheng Online melaporkan bahawa seorang guru disebuah sekolah tinggi disini mengarahkan semua pelajar-pelajar perempuannya mencium pipinya terlebih dahulu jika ingin mendapatkan diploma masing-masing.

Kebanyakkan pengguna forum di internet mengutuk perangai buruk guru tersebut dan mengatakan guru tersebut yang mengajar di Sekolah Tinggi Linxia County, Tugiao, Zhang Runhua mengancam tidak akan memberi diploma kepada pelajar perempuannya sekiranya mereka tidak menciumnya.

Biro Pelajaran Tempatan di Linxia berkata guru tersebut telahpun digantung tugasnya dan akan diadakan siasatan terhadapnya.


Ini macam guru pun ada maa.........





Sikap Positif Cristiano Ronaldo Terhadap Islam.

 

1. Cristiano Ronaldo sangat bersimpati pada rakyat Palestin, perkara ini dibuktikannya dengan melelong kasut emasnya untuk disumbangkan kepada kanak-kanak Palestin. Cristiano Ronaldo, bintang 'Seleccao' yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut jelas mempunyai hati sensitif. Laman Qodsna pada akhir tahun lalu melaporkan, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1.4 juta Euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang musnah di sepanjang di Jalur Gaza.


2. Pada perlawanan Pra Piala Dunia, antara Portugal dan Israel, selepas perlawanan yang berakhir dengan seri 3-3, CR7 menolak bertukar jersey dengan pemain Israel.

3. Tidak mahu menyebut negara Israel. Menurut laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera pernah bertanya kepada Ronaldo, anda saat ini berada di tanah Israel atau Palestin? Bintang dunia asal Portugal ini menjawab, "Saya berada di bumi Palestin." Padahal diketahui, Portugal bertanding melawan Israel, di gelanggang Israel, pada Jumat (22/03) di perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan F.


4. Ronaldo kembali menyumbangkan wang bernilai 100 ribu Euro kepada mangsa perang Afghanistan pada Rabu (13/2). Seperti dilaporkan Reuters, Ronaldo menyumbangkan wang sebanyak itu dengan atas nama UEFA dan diserahkan melalui International Commitee of the Red Cross (ICRC). Wang itu akan digunakan untuk membantu memulihkan warga Afghanistan yang kehilangan tubuh, kerana terkena letupan ranjau darat di negeri yang kerap terjadi peperangan tersebut.

Semuga Allah S.W.T. akan memberikan hidayah kepadanya, insyallah.

Cristiano Ronaldo Selalu Menunggu Saya Selesai Solat Di Rest Room - Ozil

 

Mesut OziL : "Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di rest room, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."


Cristiano Ronaldo : "Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu"

Jika benar bagai dikata, semuga Allah S.W.T. memberikan hidayah kepadanya. Amin.


Fakta tentang Cristiano Ronaldo




Penjualan Ozil Adalah Berita Buruk Bagi Saya - Cristiano Ronaldo.

Mesut Ozil kini milik Arsenal
Adakah terdapat tangan ghaib yang tidak berasa senang melihat keadaan dua pemain bintang yang berlainan agama begitu akrab?, adakah tindakan Ronaldo tidak bersalaman dengan pemain Israel ketika perlawanan persahabatan ketika dahulu atau kemurahan hati Cristiano Ronaldo mendermakan jutaan dollar kepada rakyat Palestine merupakan kisah yang tidak menyenangkan bagi mereka?, Mungkin mereka menganggap bahawa tindakan itu adalah pengaruh hidup Ozil sebagai seorang Islam yang kita sudah tahu beliau seorang pemain muslim yang taat kepada suruhan agama.


Banyak khabar angin yang tersebar luas mengatakan Ozil menjadi mangsa kepada Estadio Santiago Bernabeu. Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa Ozil dikorbankan?

Sememangnya, ramai yang kecewa dengan perpindahan Ozil ke Arsenal. Ozil seorang pemain yang konsisten dan sering memberi sumbangan besar kepada kejayaan Madrid setakat ini. Selama tiga tahun menyarung jersi Los Blancos sejak 2010/2011, Ozil telah menjaringkan 19 gol dalam 104 penampilan.

Individu yang sangat merasai kehilangan Ozil adalah Ronaldo. Setakat ini, Ozil sentiasa membantu Cristiano Ronaldo dengan hantaran tepat yang dapat menghasilkan 168 gol dalam tiga musim di Madrid.


Bukan itu sahaja yang membuat Cristiano Ronaldo merasai kehilangan sahabatnya itu,  Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat yang tidak teragak-agak untuk menjelaskan kepada Ronaldo tentang kandungan Al-Quran yang diamalkannya.

"Ozil membaca ayat al-Quran sebelum permainan, dan dia juga mengajar ayat-ayat kitab suci Islam kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo," Dilaporkan Daily Mail, Khamis lalu (5 September 2013).

"Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya," kata Ronaldo.


Bagi Ronaldo, Ozil adalah rakan sekerja, kawan dan guru rohani yang terus memberikan sokongan di dalam dan di luar lapangan hijau.

Syamsul Mahu Bersara?.


Penerbit dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam mendedahkan, anaknya, Syamsul meluahkan hasrat untuk berhenti mengarah filem akibat terlalu kecewa selepas filem kelapan arahannya, KL Gangster 2, bocor sebelum ditayangkan.

Jelasnya, ketidakhadiran Syamsul pada malam gala tayangan filem itu juga kerana terlalu kecewa dengan insiden yang berlaku.

“Sehingga kini Syamsul masih kecewa dan tidak boleh terima apa yang berlaku. Saya faham, sebagai anak muda, dia belum cukup kuat berdepan dengan situasi sukar sebegini.

“Malah sebelum datang ke sini, saya sempat usap kepalanya, memujuknya dan menyatakan rasa sokongan kepadanya. Begitu juga adiknya, Syafiq yang turut sama memberi sokongan kepada Syamsul,” ujarnya.

 Yusof berkata, sekiranya benar Syamsul berundur daripada industri pembikinan filem, dia merasa amat kecewa apatah lagi Syamsul kini antara pengarah muda yang berpotensi tinggi.

“Pengundurannya bukan satu kehilangan buat Skop Production, bahkan kehilangan besar buat industri perfileman. Apatah lagi sebelum ini ramai yang berjumpa saya dan berkata betapa bertuahnya saya mempunyai Syamsul untuk meneruskan empayar perniagaan.

“Jadi saya perlukan sokongan semua dan diharapkan ia akan dapat mengembalikan semula semangatnya,” katanya.

Berjuang Hingga Mati!

Di tanya mengenai perkembangan siasatan setakat ini, Yusof berkata siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.

“Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa.

“Kita redha dengan ujian ALLAH ini, yang mana dah bocor, bocorlah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem Melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam.

“Tapi saya tak akan berhenti dan akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!" katanya dalam nada tegas.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.


Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.

Sebagai rakyat Malaysia jom kita support filem kita....... selepas nonton trailer ini, jangan lupa ramai-ramai menonton secara live di panggung wayang ditempat anda........... baru gentle beb, daripada kita memeras hak orang lain, kan berdosa?.