Saksikan videonya...............
Tuesday, May 20, 2014
Keberanian pemandu trak pikup selamatkan kapal terbang dari terbabas (Video)
Keberanian seorang pekerja lapangan terbang berjaya menyelamatkan sebuah kapal terbang daripada menghadapi malapetaka akibat kerosakan gear pendaratan.
Pemandu trak pikup tersebut yang bernama Jason Locey yang juga seorang mekanik di lapangan terbang tersebut menggunakan traknya jenis Nissan Frontier mungkin sudah menerima maklumat bahawa pesawat tersebut menghadapi masalah dengan gear pendaratannya telah meluru memandu ke landasan dan terus meselarikan kenderaannya dengan tayar hadapan kapal terbang tersebut dan akhirnya juruterbang telah berjaya mendaratkan pesawat tersebut dengan selamat dengan tayar hadapannya betul-betul masuk kedalam belakang trak Jason dan kelihatan orangramai yang berada di terminal bersorak dan bertepuk tangan diatas keberanian Jason.
Saksikan videonya disini................
Monday, May 19, 2014
Berkali-kali menonton video ini masih tak jemu, sangat mengagumkan.
![]() |
| Daripada seorang pemain double bass kepada orkestra penuh |
Apa yang pernah saya saksikan di zaman 80an Pancaragam PDRM mampu memainkan lagu2 klasik seperti ini, sekarang tak tahu samada boleh lagi atau tidak.
Dizaman pimpinannya oleh Supt. Haji Alias bin Arshad, Allahyarham gemar mempersembahkan lagu-lagu seperti ini, beliau diantara pengarah musik terbaik dimiliki oleh negara.
Saya mencabar Pancaragam PDRM supaya dapat membuat persembahan santai seperti didalam video dibawah ini, samada di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau di Jalan Bukit Bintang, tak perlu pakai uniform, bermula dengan seorang membuat persembahan hingga orkestra penuh......... bersantailah dengan rakyat, beri kejutan kepada mereka dan katakan kepada mereka.........
“kami bukan hanya menjaga keselamatan anda, kami juga boleh menghiburkan anda.”
Penuntut Malaysia di Bandung dirogol
![]() |
| Universiti Padjadjaran (Unpad), Bandung, Indonesia |
BANDUNG 20 Mei - Seorang penuntut Malaysia mendakwa diperkosa seorang lelaki tidak dikenali pada Sabtu lalu.
Penuntut Universiti Padjadjaran (Unpad) itu mendakwa disapa oleh lelaki itu ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak jauh dari rumah sewanya.
Jurucakap universiti berkenaan, Soni A. Nulhakim yang dipetik daripada portal berita detik.com memberitahu, lelaki itu memanggil mangsa seolah-olah mengenalinya, tetapi tidak dijawab oleh penuntut itu kerana tidak mengenali lelaki tersebut.
"Lelaki itu kemudian bertindak ganas menekup mulut mangsa dan mengheretnya ke kereta. Selepas itu mangsa tidak ingat apa-apa lagi," katanya.
Filem The Vanishing Act hina MH370 - Anak ketua pramugara kecam pengarah filem MH370
![]() |
| Kerajaan Malaysia perlu mengharamkan filem ini jika ada cubaan untuk ditayangkan di negara ini. |
Maira Elizabeth Nari berkata, beliau kesal dengan pembikinan filem yang disifatkan tidak sensitif dan menyinggung perasaan ahli keluarga krew MH370.
“Itu bukannya cara krew kabin pesawat bekerja, tidak apa-apa yang menyeronokkan untuk ditonton.
“Tolong fikirkan perasaan kami sebagai ahli keluarga mereka sebelum buat atau cakap sesuatu mengenai MH370,” katanya yang dipetik menerusi akaun mikro Twitternya, hari ini.
Buat masa ini, The Vanishing Act yang dilaporkan akan ditayangkan menjelang September depan sedang hangat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.
Justeru itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas pengarah filem terbabit.
Lihat treler filem propaganda untuk memalukan Malaysia dan menghina crew MH370 The Vanishing Act disini............
Lihat treler filem propaganda untuk memalukan Malaysia dan menghina crew MH370 The Vanishing Act disini............
Van Gaal pengurus baru Manchester United
![]() |
| Louis van Gaal |
Manchester (England): Jurulatih Belanda, Louis van Gaal diumum sebagai pengurus baru kelab bola sepak Manchester United (MU) dengan kontrak selama tiga tahun manakala legenda MU, Ryan Giggs sebagai pembantunya.
![]() |
| Ryan Giggs kini sebagai pembantu Louis van Gaal |
Pengumuman dibuat menerusi laman web rasmi MU malam tadi.
Van Gaal, 62, berpengalaman selama 20 tahun menjadi pengurus di Eropah dan pernah memenangi pelbagai kejuaraan serta piala domestik di tiga negara selain Liga Juara-juara Eropah, Piala UEFA, Piala Intercontinental dan dua Piala Super UEFA.
Pengurus skuad bola sepak Belanda itu akan memulakan tugasan baru berkenaan sebaik selesai Kejohanan Piala Dunia FIFA 2014.
Legenda MU, Ryan Giggs, yang memegang rekod sebagai pemain paling banyak penampilan untuk kelab berkenaan pula dilantik sebagai pembantu pengurus.
Pencekik rasuah ada RM1.5 juta dalam akaun bank
![]() |
| "Kalau nak kerja seludup diesel berhenti kerja dengan kerajaan,” - Datuk Seri Mohd Shukri Abdull |
Putrajaya: Harapkan pagar, pagar makan padi. Seorang pegawai penguat kuasa yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang penyeludupan diesel bersubsidi bertindak sebaliknya malah mampu hidup mewah hasil daripada penjualan diesel berkenaan.
Tanpa mendedahkan pegawai penguat kuasa dari kementerian mana, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan awal mendapati akaun bank pegawai penguat kuasa berkenaan mempunyai sejumlah RM1.5 juta hasil daripada penyeludupan diesel bersubsidi.
“Dia (pegawai penguatkuasa) itu sendiri yang terbabit dalam penyeludupan minyak diesel dengan menjualnya sendiri.
Kita sudah dapat mengesan kegiatannya dan duit di dalam akaunnya sudah dirampas.
“Kegiatannya terbongkar hasil siasatan SPRM.
Saya tak boleh sebut dari mana, tetapi siapa yang buat dia rasa pedasnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.
Lebih mengejutkan, Mohd Shukri berkata, ada juga pegawai penguat kuasa yang membeli lori sendiri bagi menjalankan aktiviti penyeludupan diesel semata-mata untuk mengaut keuntungan atas angin walaupun mengetahui kegiatan itu salah.
“Kita menerima banyak maklumat pembabitan pegawai penguat kuasa, malah ada kes mengejutkan membabitkan pegawai penguat kuasa sendiri yang membeli lori untuk menyeludup diesel dan kita dapat mengesan kegiatan mereka.
“Pegawai itu sedang berada dalam radar kami dan ada juga yang sudah ditahan.
Cuma sekarang kita tidak boleh memberi maklumat secara terperinci kerana kes itu belum dibawa ke mahkamah,” katanya.
Sambil meluahkan kekecewaan terhadap pegawai penguat kuasa yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti, beliau berkata, sebanyak mana atau sebaik mana pun undang-undang serta peraturan, tetapi jika pegawai penguat kuasa tidak bertanggungjawab isu penyeludupan diesel bersubsidi tidak dapat dikawal dan diatasi.
Menurutnya, SPRM memandang serius perkara itu memandangkan kes meningkat dengan ketara sejak 2010, dan boleh dianggap terlalu melampau.
“Kami sudah ‘penat’ sejak 2010 cuba mengekang isu ini, tetapi ia tetap meningkat setiap tahun,” katanya.
Satu hari nanti orang akan kata SPRM tidur tidak buat kerja, sedangkan ini bukan tanggungjawab SPRM tetapi pegawai penguat kuasa yang diberi tanggungjawab menjaga diesel, kami melihat dari segi rasuah,” katanya.
“Saya menyeru pegawai diamanah untuk mengambil tindakan terhadap kegiatan ini, lakukanlah dengan amanah... kalau nak kerja seludup diesel berhenti kerja dengan kerajaan,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)












