Search This Blog

HOME

Monday, August 11, 2014

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut tidak wajib jihad di Palestin

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi
Al-Qardawi : Kalau diberi kekuatan, aku akan pergi jihad Palestin

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut tidak wajib jihad di Palestin atau sudah tutup pintu jihad pada zaman ini sambil menyifatkan tuduhan tersebut adalah satu perkara yang tidak berasas.

“Sesiapa yang mengenali sejarah hidup aku, yang membaca risalah dan tulisan aku, mendengar ceramah dan khutbah aku, mengambil tahu berita dan menziarahi aku, akan sedar betapa tidak benarnya kenyataan ini disandarkan kepada diriku”

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia turut menambah bahawa beliau telah menulis buku yang sangat banyak bahkan kitab berjilid (fiqh jihad) yang menyebut secara jelas dalam tulisan itu akan kewajipan untuk membebaskan Palestin samada dengan jiwa atau harta.

Beberapa hari yang lalu, timbul khabar angin di beberapa laman sesawang pro militan Iraq-Syria ISIL kononya Dr Yusuf al-Qardawi telah mengeluarkan kenyataan tidak wajib pada waktu ini jihad di Palestin tetapi jihad yang wajib adalah terhadap Basyar Asad di Syria.

“Bahkan Persatuan Ulama Islam Sedunia juga sejak awal lagi telah memberikan pendirian yang sangat tegas berkenaan isu Gaza dan menyeru untuk diadakan hari-hari khusus untuk Palestin, aku sebut secara jelas bahawa umat Islam wajib bantu Palestin berdasarkan kemampuan masing-masing” jawabnya dalam laman sesawang Persatuan Ulama Islam Sedunia.

Tegasnya lagi beliau pernah menyebut dalam satu rancangan televisyen bahawa haram (berdosa) ke atas umat Islam samada di timur atau di barat yang tidak berbuat apa-apa apabila melihat kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Palestin.

“Seluruh kehidupan aku telah aku penuhi dengan mengajak ke arah jihad Palestin, menentang sifat kebinatangan Israel sejak tahun 1948 hinggalah ke hari ini”

“Bahkan jika aku diberi kekuatan pada hari ini, aku akan pergi ke Palestin untuk berjihad disana kerana sesungguhnya isu Palestin adalah isu umat Islam paling utama yang tidak patut kita lupakan”

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi hingga ke hari ini telah disenarai hitam pasportnya dari memasuki beberapa Negara akibat ketegasan serta kelantangan beliau terhadap beberapa isu umat Islam khususnya isu rabi’ arabi (kebangkitan arab) dan isu Palestin.

Sumber :

Masjid Al Qassam sumbangan rakyat Malaysia di bom (17gambar)

 
Masjid Al Qassam yang dibina hasil sumbangan masyarakat melalui Aman Palestin kini telah ranap sepenuhnya hasil pengeboman terancang pengganas dan penjajah Israel.

Masjid ini asalnya dibina pada tahun 2009 selepas serangan Israel melalui pemberian sebidang tanah wakaf oleh kerajaan Gaza kepada Aman Palestin sebagai tapak masjid dan dibangunkan melalui sumbangan rakyat Malaysia.

















Sumber - Aman Palestine

Berjemaah di runtuhan masjid

Solat berjemaah masih dilaksanakan penduduk Gaza walaupun masjid yang menjadi penaung menyembah bumi.
Tiada penghawa dingin, tiada permaidani empuk dan tiada bumbung menghalang terik sinaran mentari, namun rakyat Palestin masih utuh mendirikan solat berjemaah biarpun di sisi binaan masjid yang sudah menyembah bumi.

Dalam serangan rejim Zionis terdahulu, lebih 161 masjid menjadi sasaran mereka dan sebahagian daripadanya sudah pun menyembah bumi. Yang tinggal mungkin sisa binaan ataupun dewan solat, selebihnya sudah menyembah bumi akibat bedilan kejam tentera Israel.

Namun, biarpun terpaksa berpanas untuk seketika, rakyat Gaza masih terus mendirikan solat secara berjemaah, malah mereka tidak pernah menghiraukan panas mentari kerana mungkin mereka sedar, berjemaah itu akan mengukuhkan ikatan silatur rahim sesama mereka.

Itu rutin harian mereka di Gaza. Saya pernah bersolat dengan mereka di bawah runtuhan ini dan ia sebenarnya memberi keinsafan kepada saya betapa murni perjuangan rakyat Gaza dan penduduk di bumi ini. 


Jika di Malaysia, sudah pasti kita akan duduk di bawah bumbung masjid, berhawa dingin sambil mendengar khutbah atau menunggu bilal melaungkan azan. Kita juga akan duduk di atas sejadah serta permaidani yang empuk. Suasana itu selesa bukan.

Thursday, August 7, 2014

Tahukah anda 45000 bayi dilahirkan di Gaza sepanjang bulan ini?

 
Walaupun serangan kejam tentera rejim Zionis telah meragut ratusan nyawa kanak-kanak di Gaza, tetapi Allah telah menggantinya dengan kelahiran 4500 bayi sepanjang sebulan ini.

Allahu Akbar.
Alhamdulillah.


#OperasiBadar
#GazaUnderAttack
#ICC4Israel

Sumber : Shehab [IH]

Ayuh menderma ke Tabung Kecemasan Gaza di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Gambar | Gaza 5.58 pm | Perang Hari ke-32 - Sekitar perarakan gerakan Hamas yang diadakan di Bandar Gaza hari ini. (7 gambar)

 
Ratusan penduduk Gaza telah keluar menyertai perarakan ini bagi menunjukkan bangkangan mereka terhadap keganasan Zionis terhadap Gaza, juga bagi menyambut kemenangan pejuang- pejuang Palestin dalam peperangan mereka kali ini. 









Sumber - Shehab News Agency

Countdown 'Bulan Kemarahan Ummah'.

Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan NGO-NGO Islam lain mengumumkan pelancaran kempen ‘Bulan Kemarahan Ummah’ selama sebulan sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap krisis perang yang berlaku di Gaza.

Pelancaran itu akan diadakan Ahad ini, 10 Ogos di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian Awang Piut, ‘kemarahan’ yang digunakan adalah untuk mengambarkan kebangkitan rakyat Malaysia terhadap sifat kebinatangan Israel yang menyasarkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Apatah lagi peperangan tersebut adalah secara berat sebelah menerusi bantuan terang terangan Amerika untuk menindas penduduk Gaza.

Justeru, kempen ini kelak akan dilakukan secara besar-besaran untuk menyampaikan rasa benci kepada kekejaman Israel dengan cara kempen jalanan dan kempen media.

“Kempen jalanan akan digerakkan semua NGO yang terlibat dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh pihak Aman palestin seperti flashmob produk boikot di outlet mereka , protes di kedutaan, kumpulan nasyid, Protes di kawasan tol dan lain-lain.

“Manakala kempen media pula akan digerakkan melalui laman sosial dan web seperti penulisan artikel, poster, karikatur, logo, petition online 1 juta bersama Gaza dan lain-lain,”.


Mendermalah di sini;


Sumber - Aman Palestine

Wednesday, August 6, 2014

Penumpang Pesawat Dari Israel Bungkus Diri Dalam Plastik

Lelaki ultra ortodok Yahudi berbungkus dalam beg plastik didalam kapal terbang
ISRAEL - Gambar seorang lelaki ultra ortodok Yahudi yang berbungkus dalam beg plastik menaiki kapal terbang menjadi perdebatan di Internet sejak seminggu lalu.

Gambar tersebut telah diambil oleh salah seorang penumpang dalam penerbangan El Al Israel dan menghantarnya ke sebuah portal Ateisme dengan keterangan gambar yang menyebut: “Seorang ortodok Yahudi membungkus dirinya dengan beg plastik kerana terbang dengan penumpang wanita.”

Menurut laporan Haaretz sebuah portal media negara itu, ultra ortodok Yahudi berpegang kuat kepada peraturan ketat pengasingan jantina di khalayak ramai.

Syarikat penerbangan El Al Israel telah melihat peningkatan dalam bilangan penumpang lelaki ultra ortodok ini untuk menukar tempat duduk mereka bagi mengelak duduk di sebelah penumpang wanita.

Laporan itu juga menyebut seorang wanita telah menyaman syarikat penerbangan itu kerana mendakwa dia terpaksa duduk di bahagian belakang pesawat kapal terbang selepas seorang lelaki ultra ortodok tidak mahu duduk di sebelahnya.

Walau bagaimanapun, perbuatan lelaki itu tiada kena mengena dengan terpaksa duduk di sebelah wanita berkenaan, sebaliknya seorang pengguna laman sosial dengan nama ‘thenewyorkgod’ menjelaskan beliau (lelaki ortodok Yahudi) adalah cohen, iaitu ‘keturunan imam suci’ di gereja.

“Golongan ini tidak dibenarkan untuk berjalan atau terbang di atas kawasan tanah perkuburan, yang akan menyebabkan mereka tidak suci lagi,” katanya.

Malah, sudah menjadi kebiasaan untuk lelaki suci (atau lebih dikenali sebagai Kohen atau Cohen) membungkus diri mereka dalam beg plastik ketika dalam perjalanan ke Israel.

Pada tahun 2001, El Al Airlines telah memutuskan tidak membenarkan ultra ortodok Yahudi berketurunan imam untuk menggunakan beg plastik ketika penerbangan itu melintas di atas tanah perkuburan Holon.


Syarikat penerbangan itu menjelaskan: “Bagi pertimbangan keselamatan dalam penerbangan, penumpang tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat dengan berlindung dalam beg plastik