Search This Blog

HOME

Thursday, November 28, 2013

4 Ritual orang asli yang memang pelik dan mengerikan




Walaupun zaman dah semakin canggih dan semakin bertamadun, masih lagi terdapat sesetengah kumpulan etnik yang mengamalkan ritual keagamaan atau ritual tradisi yang mungkin bagi kebanyakkan orang, ianya sangat mengerikan. Apa pun, saya harap anda membaca mengikut budi bicara dan berdasarkan 'frame of mind' masyarakat orang asli yang melakukan amalan tersebut.


1. Ritual Lyomante

Orang asli dari etnik Ainu yang tinggal di pedalaman Russia-Japan adalah etnik minoriti yang masih mengamalkan amalan animisme sehingga kini. Menurut tradisi mereka, seekor beruang akan dikorbankan untuk menghantar jiwa beruang itu ke syurga dan untuk memberkati semua masyarakat setempat. Ritual yang dinamakan Lyomante ini membabitkan 'pengorbanan' seekor beruang betina yang sedang berhibernasi di dalam gua. Anak-anak beruang itu pula akan dipelihara sehingga dua tahun sebelum dibunuh dengan menusuk atau merejam mereka sehingga mati untuk tujuan pemujaan. Selepas itu, para penduduk akan meminum darah dari beruang yang dibunuh tersebut dan memakan dagingnya. Masyarakat Ainu percaya bahawa beruang adalah tuhan di kalangan semua makhluk di dunia ini. Namun kini, Jepun sudah melaksanakan satu undang-undang khas melarang pembunuhan beruang secara berleluasa namun ritual ini masih diamalkan di sesetengah tempat.


2. Masai Spitting (Meludah)

Meludah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti apa yang kita fikirkan berlaku di tempat kita. Etnik Masai yang terdapat di sekitar Kenya dan Tanzania mempunyai satu amalan pelik ketika menyambut tetamu iaitu dengan meludah antara satu sama lain. Ketika menyambut warga tua, pahlawan Masai akan meludah ke tapak tangannya sendiri sebelum bersalaman dengan mereka sebagai tanda hormat.


3. Memakan mayat

Masyarakat Hindu dari kumpulan Aghoris yang menyembah tuhan Siva, percaya bahawa tuhan mereka itu yang menciptakan segalanya di bumi dan menganggap bahawa tidak ada satu pun ciptaan tersebut tidak bagus. Dan kerana hal ini, mereka terlibat dengan banyak amalan seksual, minum alkohol, mengambil dadah, dan memakan daging. Tidak ada pantang larang atau taboo dalam kumpulan mereka. Salah satu aspek paling mengejutkan di kalangan Aghori ini ialah juga terkenal sebagai kanibalism. Jika melihat mayat yang terapung di sungai, mereka akan mengumpulkannya dan bermeditasi. Mereka kemudian memakan mayat itu mentah-mentah.


4. Tinggal bersama si mati

Majlis pengkebumian merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan masyarakat Torajan, salah satu etnik di Sulawesi Selatan, Indonesia. Ianya mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk keluarga si mati mengumpul dana untuk membiayai majlis pengkebumian. Selamat tempoh ini, mayat si mati akan dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam rumah keluarganya. Masyarakat Torajan percaya bahawa jiwa si mati masih lagi bersama dengan mereka sehinggalah dikebumikan. Majlis pengekbumian orang Torajan disambut secara besar-besaran dan biasanya melibatkan lembu korban. Semakin penting kedudukan si mati dalam masyarakat maka semakin banyak lembu yang dikorbankan semasa majlis pengkebumian. Apabila si mati sedia untuk dikuburkan, keranda mereka akan diletakkan di dalam gua dan 'patung' mereka akan diletakkan betul-betul di depan gua tersebut seakan-akan sedang melihat ke luar gua.

No comments:

Post a Comment