Masjid yang telah diruntuhkan |
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos, presiden paling celaka di dunia. |
Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
Jentolak digunakan untuk merobohkan Masjid |
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
Kami disini menyeru rakyat Angola supaya bangkit untuk melawan kezaliman kerajaan kafir ini.
Harap-harap Kerajaan Malaysia bertegas didalam hal ini termasuk memanggil atau menghalau Duta Angola ke Malaysia dan juga rakyat Angola yang mencari makan disini kecuali yang beragama Islam.
Harap-harap Kerajaan Malaysia bertegas didalam hal ini termasuk memanggil atau menghalau Duta Angola ke Malaysia dan juga rakyat Angola yang mencari makan disini kecuali yang beragama Islam.
saatnya FPI diturunkan kesana
ReplyDeleteayo kirim FPI
saatnya FPI diturunkan kesana
ReplyDeleteayo kirim FPI