Search This Blog

HOME

Thursday, November 14, 2013

Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup sebab pengotor.



Peminat 'nasi ganja' beratur untuk mendapatkannya........


IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu.

Notis arahan penutupan
Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan ‘nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam.

Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih.

“Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan.

“Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment