Search This Blog

HOME

Friday, November 22, 2013

Tolong sebarkan kezaliman tentera Syria - Kisah benar bagaimana Tentera Syria memotong zakar remaja berumur 13 tahun. (Video) - Artikal ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun keatas.


Hamza Ali Al-Khateeb yang dibunuh kejam oleh tentera Syria

Hamza Ali Al-Khateeb, 13 tahun telah didapati hilang semasa perhimpunan di Daraa pada 29 April 2013. Mayatnya telah dikembalikan kepada keluarganya hampir sebulan kemudian. Sebagai pertukaran untuk menerima mayat remaja tersebut, ahli keluarganya telah diminta menandatangi surat perjanjian agar tidak menunjukkan kepada sesiapapun jasad remaja tersebut atau membincangkan keadaan kematiannya.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah remaja tersebut telah disiksa dengan zalimnya, kesan siksaan jelas kelihatan dihampir keseluruhan tubuh remaja tersebut.

Apa yang jelas kelihatan ditubuh remaja tersebut ialah :

1. Kepalanya bengkak kebiruan dan cacat
2. Lehernya patah
3. Tempurung lututnya pecah dan hancur
4. Kesan tembakan dibadannya
5. Kesan cucuh api rokok hampir diseluruh tubuhnya
6. Paling menyedihkan zakarnya telah dipotong

Apabila tersebar berita tersebut pihak tentera Syria telah menafikannya walaubagaimanapun mereka tidak berjaya menutup kezaliman mereka apabila video jasad remaja tersebut telah tersebar di YouTube.

Sehingga kini tidak diketahui bagaimana keselamatan keluarga remaja ini apabila tersebarnya video tersebut di YouTube samada masih hidup atau telah turut dibunuh.  

Saksikan videonya dibawah ini dan tolong sebarkan kezaliman tentera laknat Syria ini.......... lihatlah gambar2 dan videonya dibawah ini..........




Lihat video dibawah ini

 

Sumber - crowdvoice.org

No comments:

Post a Comment