Search This Blog

HOME

Friday, November 15, 2013

Rabecca Nur Al Islam vs Erma Fatima, saya akan bayar tapi saya tak halalkan......... apa cerita ni?.



Pengarah dan pelakon Erma Fatima


Selepas Rabecca Nur Al Islam adakan sidang media untuk pihaknya, pasti ada yang tertanya tanya apakah reaksi Erma Fatima sendiri terhadap isu ini?

Erma Fatima menerusi syarikat produksi beliau akan tetap membayar baki 40% bayaran kepada Rabecca Nur Al Islam seperti yang diarahkan oleh mahkamah dan beliau tidak berniat untuk memanjangkan kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Rabecca Nur Al Islam
“Patutnya saya yang buat sidang media. Dia dah menang, menang sajalah. Tapi tak mengapa saya reda dan tak mahu gaduh. Biarlah dia buat kenyataan satu dunia. Saya rasa tak perlu nak balas dengan sidang media pula. Saya dah bagi (kenyataan) sekali, cukuplah,” ujarnya.

Erma Fatima berkata yang beliau akan membayar RM11,000 itu kepada Rabecca Nur Al Islam dan berharap kejadian ini akan menjadi pengajaran pada produser lain pada masa akan datang.

“Saya akan bayarkan wang itu kepada Rabecca tetapi saya tidak akan halalkannya. Kekalahan saya di mahkamah atas sebab-sebab teknikal. Saya pun tak mahu panjangkan kes ini lagi,” ujar Erma Fatima lagi.

No comments:

Post a Comment