........ kan comel bila Lana Nordin berhijab......... |
Ramai artis Malaysia suka merepek dan tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan semasa ditemuramah oleh pihak media termasuklah yang berkaitan dengan akidah.
Sebelum ini penyanyi Adam AF mengeluarkan kenyataan bahawa dia nampak wajah Fida semasa sedang mengerjakan solat........... Astaghfirullahalazim, apa benda merepek ni, kalau wajah bakal isteri terbayang semasa sedang mengerjakan solat bermakna anda tidak tenteram semasa mengerjakan solat, walaubagaimanapun adam telahpun bernikah dengan Fida, Alhamdulillah semuga kekal hingga keakhir hayat.
Sejuk tengok bila artis ini sudah berhijab....... harap2 kekal. |
Yang terbaru pelakon seksi yang tak berapa nak tahu menutup aurat iaitu Lana Nordin mengeluarkan kenyataan dia sedia berhijab demi cintanya kepada Johan As’ari.
Apa yang kamu cakapkan ni, kamu kena ingat, berhijab itu wajib, itu arahan Allah S.W.T., bukannya arahan suami atau bakal suami atau demi cintanya kamu kepada Johan As’ari.
Kalau betul Lana Nordin hendak berubah, Alhamdulillah, itu yang paling baik sebelum ajal sampai, tetapi biarlah hijab kamu itu diatas arahan Allah S.W.T. bukannya diatas arahan manusia.......... jom baca ceritanya dibawah............
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pelakon, Lana Nordin, 34, bakal mengubah penampilan diri daripada seorang selebriti yang selalu mengenakan pakaian seksi untuk menjadi seorang wanita yang bertudung.
Menurut sumber, keputusan itu diambil oleh Lana kerana cintanya kepada kekasih hati, Johan As'ari, 27.
"Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
"Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!" jelas sumber itu kepada Utusan Online di sini hari ini.
Semalam, Johan sebelum ini dikaitkan dengan Shila Amzah meluahkan keinginannya untuk menyunting Lana sebagai isteri setelah terpikat dengan kelembutan pelakon tersebut.
Dalam pada itu, tambah sumber, Lana juga telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan.
No comments:
Post a Comment