Search This Blog

HOME

Tuesday, July 2, 2013

Raja Azmi Pernah Digelar Wanita Kontroversi.

Raja Azmi dan Roslin Hashim sewaktu hadir di Pejabat Hal Ehwal Siasatan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi ) bagi mendengar keputusan kes khalwat mereka pada 2011.


SEJAK pembabitannya dalam bidang seni lebih 20 tahun lalu, kebanyakan cerita berkaitan Raja Azmi pasti penuh dengan sensasi. Maka tidak hairanlah kenapa dia digelar 'produser penuh kontroversi'. Menariknya, cerita kontroversi produser ini bukan sekadar dalam bidang seni, malah turut berkait dengan peribadi.

Menyentuh mengenai kontroversi pertama yang dicetus oleh Raja Azmi adalah sejak pembabitan filem Black Widow - Wajah Ayu pada 1994, arahan U-Wei Saari yang menampilkan jaguh badminton negara, Misbun Sidek sebagai peneraju utama selain Hashimah Yon, Zaidi Omar dan Nurul Jasmin.

Cerita asal dan lakon layar filem itu adalah idea Raja Azmi. Kononnya watak, Mas Ayu yang dilakonkan oleh Jasmin adalah karakter dirinya yang mencintai dua orang adik-beradik iaitu Imran dan Jalil.

Ini kerana dalam kehidupan sebenar, penerbit itu pernah mengaku bahawa cinta pertamanya adalah Misbun, namun dia bertemu jodoh dengan Jailani. Sama seperti dalam filem Black Widow, Mas Ayu yang menyintai dua orang adik-beradik itu akhirnya berkahwin dengan Jalil lakonan Mohd. Rodzi iaitu adik kepada Imran yang dilakonkan oleh Misbun Sidek.

Selepas menerbitkan Black Widow, pada 2001, Raja Azmi tampil dengan filem Cinta 200 Ela, arahan Mohammad Shadan Hashim yang diadaptasi daripada novel tulisannya, Cinta 100 Ela yang dikelaskan 18SX.

Ramai yang terkejut apabila dia memilih Shadan sebagai pengarah kerana waktu itu dia masih baru dan ditambah pula Rashid Sidek sebagai hero di samping Raja Azura dan Wardina Saffiyah. Seperti mana Black Widow, filem Cinta 200 Ela pun kurang mendapat sambutan.

Satu lagi produksi Raja Azmi yang mendapat perhatian ramai adalah filem .......Dalam Botol yang asalnya adalah Anu Dalam Botol, arahan Khir Rahman. Filem yang disiarkan di pawagam pada 2011 itu berkisar tentang hubungan Ruby atau Rubidin dan Ghaus yang merupakan pasangan bercinta sejenis. Filem ini dilakonkan oleh Arja Lee, Wan Raja, Diana Danielle dan Ogy Ahmad Daud.

Belum reda dengan judul filem yang dianggap melampau itu, Raja Azmi tampil menguar-uarkan judul filem baru, Anak Ikan yang diarah oleh Shahdan, yang kini telah menjadi menantunya.

Belum apa-apa, pelakon utama filem itu, Adam Davin telah buat hal hingga memaksa Raja Azmi membuat laporan polis. Pada 6 Jun lalu, Raja Azmi mengadakan sidang akhbar untuk menunjukkan laporan polis atas penipuan yang dilakukan oleh Adam terhadapnya.

Sebelum itu pada 29 Mei lalu, masyarakat dikejutkan dengan berita Raja Azmi diragut kira-kira pukul 12.30 malam, berhampiran sebuah hotel dekat Jalan Raja Laut.

Apa pun kontroversi paling hangat yang melanda Raja Azmi selain perceraiannya dengan Jailani adalah kisah dia dengan adik angkatnya, Roslin Hashim yang juga pemain badminton.

Ramai yang 'curiga' apabila melihat Roslin sering menemani Raja Azmi setiap kali produser itu hadir ke majlis rasmi. Malah Raja Azmi juga didakwa menjadi punca perceraian Roslin dengan isterinya, Norhayati Othman.

Mereka didakwa berdua-duaan di Hotel Corus, Jalan Ampang, pada pukul 8.30 malam, 7 Ogos 2010 dan ketika itu jugalah Norhayati tampil bersama dua adiknya dan sewaktu pertengkaran berlaku, Roslin melafazkan cerai terhadap bekas isteri keduanya yang dinikahi selama 28 hari saja.

Pada 20 Ogos 2011, penerbit itu terpaksa bermalam di lokap selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi NcVC terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah sebanyak tiga kali bagi kes saman sivil berhubung penjualan sebidang tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.9 juta.

Apa sekalipun keadaannya, tabik hormat buat Raja Azmi, seorang wanita yang cekal berdiri diatas kakinya sendiri disebalik segala isu dan kontroversi. Semoga cintanya kali ini menjadi dan membawa bahagia yang abadi buat seorang Raja Azmi.

Raja Azmi Dilamun Cinta.



Siapa cakap makcik ni dah tak laku?........... tengok cara pakaiannya pun mungkin ada anak-anak muda yang terpikat apa lagi yang dah berumur, entah-entah terliur........... 

Rasa sakit, kecewa dan derita yang ditanggung, tidak terlalu lama. Genap setahun berpisah dengan suami sebelum ini, Jailani Sidek, hari ini hati wanitanya kembali terisi dengan bunga-bunga cinta. Bagi produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, kehadiran Mohd. Eddie Ghazali, 45, sejak lima bulan lalu umpama cahaya yang menerangi kegelapan.

Ternyata kehadiran pemain bass dari kumpulan rock CRK yang terkenal pada awal 90-an itu merobah kehidupan Raja Azmi atau mesra dengan panggilan Kak Mi itu sebanyak 360 darjah.

Diperkenalkan oleh anak saudara pemuzik itu kepadanya pada Februari lalu, Raja Azmi memberitahu kamar hatinya terus terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki baru dalam hidupnya. Tambah mengejutkan, hanya dalam masa beberapa hari sahaja, dia seterusnya nekad untuk menjadikan lelaki itu sebagai nakhoda rumah tangga.

Menurut penerbit filem ...Dalam Botol itu, pada pertemuan kali pertama sewaktu bertentang mata dengan Eddie, hatinya terus terpaut dan yakin bahawa lelaki itulah yang layak untuk membimbing dan bersamanya dalam susah dan senang.

"Tak tahu nak kata macam mana. Ibarat ada tarikan magnet. Sekali pandang dari mata turun ke hati. Terpandang sahaja Eddie, hati saya tergerak berkata, inilah orangnya, inilah orangnya.

"Pada pertemuan pertama itu juga, saya selesa mendengar perbualannya dan percaya antara kami ada sesuatu yang boleh diperpanjangkan," ceritanya kepada Mega sewaktu berkunjung ke studio Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sepanjang tembu bual dan sesi foto jelas menunjukkan yang Raja Azmi amat bahagia saat ini, kerana kehadirannya ditemani oleh Eddie.

Sewaktu ditanya kenapa begitu pantas dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan duda beranak dua itu Raja Azmi berkata: "Keputusan yang dibuat bukan bergantung kepada tempoh waktu cepat atau lambat kami saling mengenali. Tetapi keserasian yang wujud. Biarpun kami baru rapat tetapi sejak pertemuan pertama lagi naluri saya berkata, inilah orangnya.

"Sebelum ini sewaktu saya memberitahu bercinta dengan Hafiz adalah satu kesilapan. Sebenarnya ketika itu saya hanya memerlukan seorang teman untuk meluahkan isi hati yang kecewa selepas bercerai. Tetapi untuk kali ini, memang benar saya dilamun cinta."

Malah katanya, Eddie yang mahir bermain gitar bas itu juga sanggup mendendangkan lagu Cinta Tak Kenal Siapa dendangan Aris Ariwatan untuk ditujukan kepadanya sebagai gambaran isi hatinya.

Bercerita lanjut tentang cinta hatinya, Raja Azmi berkata, sewaktu kemunculan Eddie bersama CRK pada awal 1990-an, dia tidak pernah sedar pun akan kewujudan kumpulan tersebut, selain mengikuti perkembangan kumpulan Wings dan Search.

"Sekarang ini bila sudah mengenali Eddie, saya paling suka dengar lagu CRK Kita Yang Bernama Manusia dan Pandang Pertama. Lirik lagu-lagu itu menarik dan relevan dengan diri saya," ujarnya.

Ditanya kriteria lain selain naluri wanita yang menguatkan dia untuk memilih Eddie sebagai teman hidup, Raja Azmi berkata, yang paling penting status mereka sama iaitu janda dan duda.

Katanya, itu memudahkan mereka untuk berbicara dalam apa jua perkara.

"Kalau ikutkan percakapan, memanglah saya yang paling banyak bercakap dan dia pula setia mendengar.

"Dia selalu tegur sebab katanya saya ni jenis yang suka cakap benda ' bukan-bukan'. Dalam hubungan kami ini, Eddie yang banyak mengetuai biarpun usianya lebih muda daripada saya," katanya jujur.

Dalam pada itu, kata Raja Azmi, sikap romantik dan kelakar yang dimiliki Eddie membuatkan hatinya tertawan dan ingin selalu berada di samping bapa kepada Muhamad Daniel, 21, dan Muhamad Effy, 19.

Kehendak anak-anak

Dalam perbualan itu, Hits sempat bertanya kepada Raja Azmi perasaannya apabila di usia 54 tahun pun masih mahu bertunang seperti anak dara.

Sambil ketawa, wanita itu berkata, bukan dia yang memilih untuk bertunang. Baginya cukuplah sekadar melakukan perkara wajib iaitu akad nikah.

Namun katanya, bagi menghormati kehendak anak-anak, dia akur dan majlis pertunangannya dengan Eddie akan dilakukan pada 15 Julai ini di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang, Kuala Lumpur selepas waktu Asar.

"Anak-anak yang nak sangat saya bertunang. Kata mereka selama ini saya kuat sangat dengan adat pelbagai, kenapa bila tiba waktunya, tidak mahu ikut adat pula. Bila anak-anak sudah pulangkan paku buah keras, saya pun terpaksa ikut.

"Sebenarnya, mereka nak uji sejauh mana kesabaran Uncle Eddie (panggilan anak-anak kepada Eddie) untuk menjadikan saya sebagai isteri.

"Rupa-rupanya Eddie pun tidak kisah dan keluarganya juga bersetuju untuk mengikut adat," katanya yang kini sudah mula melakukan persiapan untuk majlis pertunangan itu.

Tarikh 15 Julai bertunang dan 15 September nanti sebagai hari pernikahan, ia memang sengaja dipilih kerana pertemuan pertama mereka berlaku pada 15 Februari lalu.

"Senang untuk diingati. Dan majlis pertunangan dibuat di rumah saya saja.Untuk kenduri nanti belum pasti di mana sebab tengah mencari tempat.

"Sebenarnya yang teruja sangat bukanlah saya tetapi anak-anak. Mereka yang sibuk mencari barang untuk buat hantaran. Bagi saya, kalau anak-anak gembira apa salahnya ikut sahaja kehendak mereka. Lagipun apa yang mereka buat itu untuk ibu dia orang juga," katanya.

Sebagai orang yang berpengalaman dan sering terdedah kepada mangsa gosip, Raja Azmi tahu ramai yang mempersendakan majlis pertunangannya itu.

Katanya, orang boleh kata apa sahaja kerana itu hak masing-masing.

Namun, sebagai ibu yang sentiasa mengambil berat perasaan anak-anak, dia telan sahaja tohmahan itu kerana objektif utama adalah untuk menggembirakan insan-insan tersayang.

Hits sempat juga mengusik, jika anak-anaknya teruja untuk melihat dia bertunang, bagaimana pula dengan penerimaan anak-anak Eddie terhadapnya?.

Dalam gelak ketawa, Raja Azmi berkata, dia tidak ada masalah dengan anak-anak teruna Eddie kerana sebagai ibu, dia tahu menangani mereka.

Monday, July 1, 2013

10 Artis Lelaki Korea Yang Menjadi Kegilaan Wanita. (Gambar)

1. Hyun Bin (Secret Garden, World’s Within).


2. Lee Min Hoo (Personal Taste, City Hunter). 

3. Bi Rain (Full House)
4. Choi Shi Won (Poseidon).

5. Kim Soo Hyun (Dream High)

6. Jang Geun Seuk (You’re Beautiful, Beethoven Virus)

7. Kim Hyun Joong (Boys Before Flower, Playful Kiss)

8. Song Seung Hun (Endless Love, My Princess)

 9. Jee Jong (Protect The Boss)

 10. Won Bin (Endless Love, Friends)
 Sumber

Trend Terbaru Untuk Gigi Di Afrika Yang Pelik.



Membiarkan gigi menjadi ronggak kini adalah satu trend di kalangan generasi muda di Afrika Selatan, terutama di bandar cape Town. Kedengarannya aneh, kalau anak-anak muda itu justeru mengharapkan menjadi ronggak atau tidak mempunyai gigi depan. Apalagi jika gigi mereka masih sihat dan kuat. Apa yang membuat mereka ingin kelihatan seperti datuk-datuk yang tidak punya gigi?.

Trend yang disebut Smile Cape Flats berasal dari lingkungan yang padat penduduknya di mana didaerah tersebut anak mudanya biasa mengubah tubuhnya menjadi aneh. Menurut Friendling Jacqui dari University of Cape Towns human biology mengatakan trend ini menjadi fashion kerana tekanan rakan sebaya sehingga mereka mencabut gigi depannya, kemudian alasan perubatan dan alasan gangster. Walaupun sebenarnya bergigi ronggak sudah diterapkan oleh kalangan nelayan Afrika Selatan agar dapat berkomunikasi antara satu sama lain di kapal dengan bersiul. Dengan tidak ada halangan gigi depan, bersiul makin mudah dilakukan. Sekarang tradisi menjadi trend bahkan berkembang untuk menarik wanita.

Namun menjadi ompong juga kadang mencipta jurang ketika bersosial. Untuk itu mereka selain mencabut gigi depan, juga membuat gigi palsu yang boleh dikenakan dikala kerja. Tak Cuma laki-lelaki yang ingin mencabut giginya, bahwan kaum wanitanya juga demikian. Mereka datang ke doktor gigi meminta mencabut gigi sihatnya dan sekaligus membuat gigi palsu. Menurut Rob Barry dari fakulti perubatan gigi di University of Western Cape, frekuensi pencabutan gigi telah meningkat meskipun doktor gigi berlatih secara beretika dilarang membuang gigi yang sihat. 

Untuk gigi palsu kadang-kadang mereka mengkreasikan dengan menambah emas, berlian atau platina untuk menaikkan status sosialnya. Tapi kes kecurian gigi palsu melalui pergaduhan juga meningkat. Cukup pelik kan.

Cara Nak Panjangkan Kaki.

 


Wanita Jepun banyak yang mempunyai betis dengan ukuran pendek, bagi mereka yang berkeinginan mempunyai betis panjang ternyata harus menebusnya dengan cara yang cukup menyakitkan. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan bagaimana perempuan Jepun harus rela dilobangi kakinya untuk memasang alat peregang agar betisnya boleh bertambah panjang ukurannya. Dengan pembedahan ini kononnya saiz betis seseorang boleh bertambah panjang hingga 8 inci, bayaran yang dikenakan juga iaitu hingga $30,000 Apapun hasilnya dari rawatan perubatan seperti ini tentu akan sangat menyakitkan......... anda nak cubake?







Mengerikan..!!. Terapi Kecantikan Yang Menggunakan Darah Sendiri.


Kecantikan adalah hal yang sangat dipuja wanita. Semua cara dilakukan, termasuk cara-cara mengerikan yang tidak biasa. Misalnya .. mengambil darah dari tubuh sendiri, darah diolah, kemudian disuntik kembali pada wajah. Oke .. ini memang sedikit menyeramkan, tetapi Kim Kardashian yang merupakan selebritis Hollywood sudah cuba terapi kecantikan ini. Apakah selamat dan terbukti ampuh membuat wajah awet muda?.

Terapi ini akan mengambil darah dari sang pesakit. Darah tersebut akan dimasukkan dalam alat khas yang akan memisahkan trombosit dan beberapa komponen lain. Setelah darah diproses, darah tersebut akan disuntik kembali pada wajah. Kim tampak tidak selesa dan kelihatan menahan sakit. Apakah terapi ini selamat dan terbukti dapat membuat wajah awet muda? Khabarnya, facial darah boleh membina kembali kolagen dan membuat kulit awet muda.

"Tidak ada ilmu pengetahuan yang menyokong terapi itu," ujar Dr. Joseph Merola, seorang dermatologis dari Brigham and Women Hospital, dipetik Boston.Menurutnya, semua faktor untuk peremajaan kulit sudah ada di dalam lapisan kulit manusia. Dr. Joseph juga menambah bahawa faktor jangkitan menjadi hal yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan terapi ini. Jangan sampai melakukannya tanpa pengawasan pasukan perubatan dipercayai.

Walaupun terapi ini seolah-olah akan menjadi trend, belum ada bukti dipercayai apakah facial darah atau vampire facial ini dapat memberi hasil maksimum untuk membina kembali kolagen. Menurut Dr Jeff Spiegel, seorang pakar bedah plastik Chestnut Hill, "Setiap kali anda menyuntik darah ke wajah, akan terlihat perbaikan pada kulit, tetapi ini biasanya hanya bertahan tiga hingga empat hari," bagi anda yang tidak mahu mengmbil risiko, jangan melakukan rawatan seperti ini.

Misteri Hantu Kelabu RMS Queen Mary.

 

Kisah paranormal kapal seberat 60,000 tan lebih menggerunkan dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba pada 1966.  KAPAL perang RMS Queen Mary pernah digelar Hantu Kelabu atau "The Grey Ghost" kerana ketika Perang Dunia Kedua, penyamaran dan risikan kerap kali dikaitkan dengan warna kelabu.  RMS Queen Mary disifatkan antara kapal perang yang besar dan laju. Untuk sekali pelayaran, kapal itu boleh memuatkan 15,000 penumpang, 

Bagaimanapun, selepas perang tamat dan hampir 60 tahun berkhidmat, RMS Queen Mary masih dikenali sebagai Hantu Kelabu. Malah, ia bukan sekadar nama, sebaliknya terlalu banyak kisah paranormal dilaporkan berlaku dalam kapal itu.  Antaranya, suara kanak-kanak menangis di bilik asuhan yang dulunya digunakan sebagai bilik santai kelas tiga. Selain itu, bunyi kocakan air di kolam renang kelas pertama yang tidak dikunjungi sesiapa.  Juga kisah lelaki tinggi berpakaian serba hitam dan bayangan seorang wanita cantik yang mengganggu anak kapal pada lewat malam.


Kisah hantu di kapal RMS Queen Mary lebih menggerunkan apabila dikaitkan dengan kematian seorang anggota bomba muda, John Pedder, 18, pada 1966. Pedder dikatakan terbunuh ketika pintu di bilik enjin tiba-tiba terbuka dan menghentamnya. Dia mati di tempat kejadian dan hantunya yang dikatakan tidak tenteram sering berkeliaran dalam kapal itu.

RMS Queen Mary sebenarnya dibina ketika kehangatan Jerman melancarkan dua kapal perangnya, Bremen dan Europa. Britain yang tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan pembinaan kapal perang akhirnya mengarahkan Star Line membina sebuah kapal seberat 60,000 tan manakala sebuah lagi syarikat, Cunard membina satu lagi kapal seberat 75,000 tan. Kedua-duanya ketika itu masih belum diberi nama dan hanya dikenali sebagai No 552 dan No 534.


Akhirnya Raja George V bersetuju kapal itu dinamakan RMS Queen Mary, sempena nama isterinya, Mary walaupun pada awalnya Cunard ingin menamakannya Victoria.  RMS Queen Mary dibina oleh dua syarikat, John Brown & Company Shipbuilding dan Engineering Shipyard yang berpangkalan di Clydebank, Scotland pada Disember 1930. Bagaimanapun, pembinaan itu terhenti pada Disember 1931 disebabkan kemelesetan ekonomi.  Cunard kemudian memohon pinjaman Kerajaan British untuk menyiapkan No 534 dan pinjaman itu diluluskan untuk menyiapkan kapal berkenaan manakala bakinya digunakan menyiapkan kapal yang dikenali sebagai No 552. Kapal itu kemudian dinamakan Queen Elizabeth.

Ketika memberi pinjaman kepada Cunard, satu daripada terma pinjaman Kerajaan British menyebut Cunard mesti bergabung dengan White Star Line. Atas persetujuan, kedua-dua syarikat besar itu bergabung pada April 1934. Kerja menyiapkan RMS Queen Mary disambung semula dan akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 1934.  Bagaimanapun, reka bentuk RMS Queen Mary disifatkan sebagai sangat tradisional dan menerima kritikan hebat. Ia dikatakan versi baru yang lebih besar untuk satu lagi kapal perang era Perang Dunia Pertama yang juga dibina oleh Cunard.  Malah, reka bentuk dalamannya yang diberi sentuhan “Art Deco” sangat konservatif berbanding kapal perang milik Perancis.

Bagaimanapun, RMS Queen Mary membuktikan semua kritikan itu salah, apabila ia menjadi kapal perang yang terbesar dan boleh mengangkut lebih banyak tentera berbanding kapal perang negara Eropah lain. Kapal itu juga muncul sebagai kapal perang terpantas. Ini terbukti apabila pada Ogos 1936, kapal itu memenangi anugerah untuk kapal terpantas, Blue Riband.  Dalam Perang Dunia Kedua, RMS Queen Mary bukan saja berkhidmat untuk tentera British sebaliknya turut membawa kumpulan tentera Australia dan New Zealand ke United Kingdom.  Oleh kerana saiz dan prestijnya, tentera musuh terutama Jerman ingin sekali melihat ia karam.

Malah, Adolf Hitler pernah menawarkan $250,000 kepada tenteranya jika berjaya menenggelamkan RMS Queen Mary.  Selepas perang tamat, RMS Queen Mary akhirnya dijual bagi membolehkan Cunard menambah modal membina kapal baru. RMS Queen Mary ‘menamatkan’ perkhidmatannya pada 1967. Bagaimanapun reputasi Hantu Kelabu tidak berakhir begitu saja. Sepanjang 60 tahun berkhidmat, 49 kematian dilaporkan berlaku di situ. Justeru, RMS Queen Mary kerap kali dirujuk sebagai lokasi roh tidak tenteram berkumpul.

Atas tarikan dan reputasinya, pemilik baru menjadikan RMS Queen Mary sebagai tarikan pelancong. Malah, bukan lagi rahsia apabila dalam usaha menjadikan kapal itu lebih berhantu, beberapa kesan khas yang lebih dramatik dipasang di beberapa lokasi strategik antaranya bilik enjin.  Menerusi lawatan yang dibuka setiap hari, pelancong boleh melakukan siasatan aktiviti paranormal peribadi. Pelancong juga digalakkan mendokumentasikan pengalaman itu. Ketika sambutan Halloween, RMS Queen Mary adalah lokasi berhantu paling popular menerusi aktiviti yang dinamakan “Queen Mary’s Shipwreck’ yang diadakan setiap tahun.


Disebabkan reputasinya, RMS Queen Mary kerap kali menjadi tarikan kumpulan paranormal untuk membuat penyelidikan. Malah, ia pernah dipaparkan dalam pelbagai rancangan televisyen seperti Ghost Hunters. Sebuah rancangan paranormal terbitan British, Most Haunted turut memaparkan misteri RMS Queen Mary. Tidak ketinggalan, siri paranormal terkenal 1998, X Files turut merakamkan satu episod mengenai kapal berkenaan.

FAKTA: RMS Queen Mary kerap kali menjadi lokasi penggambaran filem, siri televisyen dan iklan antaranya termasuk :

1. The Poseidon Adventure (1972). 
2. SOS Titanic (1979). 
3. Iklan kereta Toyota untuk versi Celica All-trac Turbo (1991)
4. Tidal Wave: No Escape (1997). 
5. Pearl Harbor (2001). 
6. Fiona Apple "O' Sailor" (video).
7. Rancangan paranormal Britain, Most Haunted (2005).
8. Siri akhir rancangan bersiri Arrested Development (2006).
9. National Lampoon's Dorm Daze 2 (2006)